Sumber : Facebook 
Otak
 merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi 
pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang 
mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. 
Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu -
 dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika 
dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika
 ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan 
lain seperti itu.
 
 Lima langkah yang diperlukan untuk membangun 
kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri 
bagi motivasi diri dari dalam.
 
 1. Hindari Mencari-Cari Alasan
 
 Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :
 
 - Saya tidak boleh
 - Saya tidak mampu sebab...
 - Pendidikan saya belum memadai
 - Saya sudah terlalu tua
 - Saya masih terlalu muda, dll
 
 Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam 
membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara 
ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi 
alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. 
Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda 
masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan 
hal-hal negatif dengan hal-hal positif.
 
 2. Gunakan Daya Imajinasi
 Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan 
tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. 
Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan.
 Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin 
anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian akan suatu hasil yang 
positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan
 bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, 
anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda 
terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier 
bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.
 
 Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses 
kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa 
yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang 
positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada 
diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah
 ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.
 
 3. Jangan Takut Gagal
 Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur 
sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak 
mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. 
Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa 
takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. 
Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah
 sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak 
percaya diri dan penuh keraguan.
 
 4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
 Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk 
membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan 
penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda
 untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian
 orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya 
semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.
 
 5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh
 Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan
 catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan 
anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika 
memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau 
berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari 
ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini dapat 
dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda 
boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga 
anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.
 
 Motivasi hanya 
dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, 
seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana 
itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan 
sendiri harapannya :)
 
 Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan
 
0 analysis:
Catat Ulasan