Selasa, 11 Oktober 2011

SAYA YAKIN, BERANI & BOLEH BERJAYA!!!

     Salam. Hari ini saya dapat satu motivasi yang hebat. Kalau kita mahu berjaya, kita perlu berani. Halangan dan cabaran bukanlah sesuatu yang melemahkan kita. Jadikan halangan dan cabaran itu sebagai motivasi kita yang disebut sebagai rempah ratus kejayaan. Jika kita gunakah istilah ini, kita akan berasa berani menghadapinya.

     Kita mesti sentiasa menyebut perkataan BOLEH. Hal ini kerana BOLEH ialah satu perkataan yang diberi maksud

   B -> Beri
   O -> Otak
   L -> Latihan
   E -> Efektif
   H -> Hari - hari

     Oleh itu, apabila kita mengatakan kita BOLEH, kita akan memberi otak kita satu perangsang bahawa kita BOLEH melakukannya. Kita juga tidak boleh mengamalkan 6M iaitu

   1. Malas
   2. Malu tidak bertempat
   3. Menyalahkan orang lain
   4. Mudah Marah
   5. Merajuk
   6. Menyombong

     Sekarang, saya mahu mengatakan bahawa SAYA MAHU BERJAYA DALAM PENDIDIKAN, KERJAYA DAN KEHIDUPAN. Anda semua boleh mencemuh dengan apa yang pernah saya lakukan sebelum ini, terutamanya individu yang mengenali saya. SAYA MENGAKU BAHAWA SAYA PERNAH MENYAKITKAN HATI PIHAK TERTENTU. SAYA JUGA MENGAKU BAHAWA SAYA PERNAH MELAKUKAN KESALAHAN BESAR TERHADAP DIRI SAYA, KELUARGA DAN PIHAK LAIN. SAYA JUGA TIDAK TAKUT MENGAKU KESALAHAN INI KEPADA ANDA.

   Saya pernah melawan mak dan abah serta cikgu
   Saya pernah bermasam muka dengan rakan-rakan, sahabat dan teman-teman
   Saya pernah menipu mak dan abah serta cikgu
   Saya pernah mencuri duit abah saya
   Saya pernah merokok
   Saya pernah membenci adik beradik sendiri
   Saya pernah memalukan gadis di sekolah saya
   Saya pernah ...

     Banyak lagi perkara salah yang pernah saya lakukan. SAYA DI SINI INGIN MEMINTA MAAF KEPADA SEMUA PIHAK tidak kira sama ada pihak mengenali saya atau pun tidak terutamanya kepada pihak yang pernah saya lakukan kesalahan kepada mereka.

     Saya nak sebutkan nama orang yang saya lakukan kesalahan terhadap mereka di sini, tapi tidak boleh kerana ada pihak yang tidak membenarkannya.

     Saya juga mahu sebutkan IMPIAN saya di sini.

1. SAYA MAHU DAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA TAHUN INI
2. SAYA MAHU JADI SEORANG JUTAWAN SUPAYA SAYA DAPAT MEMBANTU KELUARGA SAYA YANG PERNAH SAYA KHIANATI KEPERCAYAAN MEREKA
3. SAYA MAHU MEMILIKI SEBUAH KERETA BERJENAMA "MITSUBISHI LANCER EVOLUTION X" BERWARNA "SILVER"

     Saya BERANI mengatakan hal di atas kerana saya YAKIN dan BOLEH mencapainya. Biarlah orang mengata apa pun, saya tetap akan mengatakn BOLEH!!!

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page