Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Selasa, 27 September 2011

Seandainya Pasukan Bola Sepak Malaysia Boleh Bermain Sebegini Rupa


Walau apa pown aku tetap menyokong Malaysia...
Teruskan usaha anda... Kami di belakang anda..
Malaysia Boleh!!!

Aku Mencintaimu Tanpa Sebab

Sumber : Cintaku Padamu Tanpa Sebab!

Gadis: Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?
Jejaka: Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!
Gadis: Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.
Jejaka: Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!
Gadis: Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata..
Jejaka: Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.
Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..
“Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara.
Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.
Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya.
“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”

p/s : aku juga pernah mencintai seorang gadis tanpa sebab... tapi kisah aku berlainan dari kisah tadi... Kisah itu tidak akan aku ceritakan disini kerana aku mahu lupakan tentang masa lalu...

Rabu, 21 September 2011

Bencilah Diriku


Jangan kau hujani ku dengan pertanyaan
Kerna ia pasti menyakitkan
Fahamilah pengertianku ini
Setiap insan punya perasaan
Setiap cinta hanyalah kebodohan
Walau sekejam ini yang ku lakukan
Sanggup menyendiri demi kepuasan
Asal kau bahagia oh masa depan

( korus )
Bencilah diriku kerna ku lebih dihina
Apalah ada padaku, hanya sialan dan duri

Renungilah sejenak samakan antara
Orang gila dengan aku mana lebih dihina
Tentulah diriku yang lebih hina
Kutuklah diriku sepuas-puasnya
Kerna ku sendiri yang cari api
Anggaplah diriku sudah pun mati
Usah kau rasa bersalah pada perbuatan ini
Bencilah diriku Selamat Tinggal

Translate This Page