Sabtu, 10 September 2011

PM minta Telco kaji semula cas cukai 6%


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam berharap syarikat telekomunikasi dapat mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna.

Perdana Menteri berkata, kajian semula itu perlu dibuat bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung rakyat yang sedia terbeban dengan pelbagai kos perbelanjaan.
Katanya, dengan kenaikan harga barang terutama barang makanan, rakyat tidak seharusnya berterusan dibebani cukai perkhidmatan yang tinggi.Saya dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah dibuat oleh TELCO untuk kenakan bayaran cukai perkhidmatan adalah satu langkah yang tidak popular dan sukar diterima pengguna.

Oleh itu, saya berharap pihak TELCO dapat mengkaji semula langkah ini sebab kita mesti sedar dalam keadaan hari ini, kita nak kurangkan beban pada rakyat, katanya pada pemberita selepas melancarkan logo Malayan Banking Berhad (Maybank) yang diperbaharui di Menara Maybank, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddinn Megat Mohd Nor.

Perdana Menteri diminta mengulas keputusan syarikat telekomunikasi yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM yang berkuatkuasa pada 15 September ini.
Sementara itu, ketika berucap pada Majlis Konvokesyen ke-13 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Wisma MCA, di sini, pagi semalam, Najib berkata, tindakan kerajaan menggalakkan pertumbuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sejak 15 tahun lalu adalah satu langkah bijak yang sudah membuahkan hasil ketara dalam meningkatkan taraf pendidikan negara.

Perdana Menteri berkata, langkah liberalisasi dengan menubuhkan Akta IPTS pada 1996 itu adalah satu perancangan jangka panjang yang menguntungkan kerana memberi banyak peluang alternatif kepada generasi muda membuat pilihan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Keputusan kerajaan itu dibuat ketika Najib masih menjadi Menteri Pendidikan (1995 hingga 1999) dan berjaya menarik minat syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan IPT luar negara untuk bekerjasama termasuk menubuhkan universiti dan cawangan mereka di sini.

Jika dinilai semula dasar itu dengan pulangan (hasil) diterima sekarang, saya rasakan itu adalah satu keputusan yang betul. Ia adalah strategi jangka panjang sebelum ia diterima ramai dan menjadi semakin popular.

Kita akur, bukan semua pelajar kita mampu membiayai kos pengajian di luar negara, jadi kita sediakan peluang kepada pelajar yang layak untuk belajar di institusi tempatan yang setaraf dengan institusi lain, katanya.

Sementara itu pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang turut dihadiri Najib di Putrajaya semalam, dimanfaatkan bagi mengumpul dana RM120,000 untuk disumbangkan kepada pihak memerlukan.

Pada majlis itu juga, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan RM70,000 kepada Mohd Nor Mat Yassin, 66, bapa jurukamera BERNAMA TV, Allahyarham Noramfaizul, 40, yang mati terkena peluru sesat ketika membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Somalia pada 2 September lalu.

Bagi pihak kerajaan, Perdana Menteri menerima sumbangan RM50,000 untuk disalurkan ke dalam Tabung Somalia diuruskan Wisma Putra selain RM29,000 daripada Biro Tata Negara (BTN) Sarawak untuk diserahkan kepada Malaysian Relief Agency (MRA) bagi misi bantuan ke Somalia.

Sumber : 

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.
Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.
Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.
"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.
"Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.
''Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.
Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.
"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.
Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.
Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.
Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.
Dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

 Sumber :


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) meminta syarikat telekomunikasi (Telco) supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kepada pengguna produk tambah nilai dan pek permulaan talian prabayar kerana ia dilihat membebankan rakyat.


Najib berkata, keputusan yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.


Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.


"Saya sudah dapat banyak reaksi dan maklumat balas orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.


"Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga," katanya selepas melancarkan logo baharu Maybank di di sini semalam.


Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai enam peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Sumber : 

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page