Something to think about. Are you a  good  friend...............?  
  
    
    
1)    Pilih orang yang  mempunyai  minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai  persamaan,tetapi  jangan mengetepikan orang yang  langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda,   bersikap terbuka baik untuk anda.
2)    Ingatlah pada satu pedoman   penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain  sebagaimana anda suka  diperlakukan. Sekiranya anda  menghormati orang lain,orang lain akan   menghormati anda juga.
3)    Sedarlah bahawa tiada siapa  yang  sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat  aneh dan kecacatan, dan menerima  kecacatan antara  satu sama lain adalah kunci persahabatan yang  baik. 
4)    Hargai pendapat satu sama  lain.
5)    Sedarlah bahawa  kawan yang  rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina  minat-minat yang  lain dan jangan cemburu apabila kawan  anda mempunyai minat-minat yang lain   juga.
6)    Komunikasi sangat penting,  kawan anda tidak boleh membaca  fikiran  anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan  anda,  beritahulah.
7)    Jangan biarkan faktor luaran  seperti tekanan  (stress)  menjejaskan persahabatan anda.Kawan yang baik akan membenarkan anda   melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya  mempergunakan mereka  untuk melepaskan perasaan ... dan  sebagai balasan anda sepatutnya bersedia  untuk  mendengar luahan perasaan mereka pula.
8)    Belajar daripada  satu sama  lain.
9)    Jangan mengata di belakang  kawan anda. 
10)  Pilih kata-kata anda dengan  bijaksana kerana anda tidak boleh  menariknya  kembali. 
10.i)        Bersahabatlah dgn org yg forward mail  nie  kerana dia seorang sahabat yang   paling best.. kenaper? x percaye yer? betul  ape!:-)
Selasa, 31 Mac 2009
Home »
 » ciri-ciri seorg kawan yg best






0 analysis:
Catat Ulasan