Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Selasa, 6 September 2016

[PUISI] Bangkit


Bangkit

Meniti suram cahaya
Menyusur liku perjalanan
Kaki seakan terpahat
Tubuh meronta bangkit
Sinar mentari menampar diri
Bising kota memekak telinga
Deruman enjin memaksa jaga
Bangunlah duhai leka
Terjah apa yang menyapa
Gapai cebisan nota
Kekuatan diri jangan disangkal
Pekak saja kata mereka
Mereka tiada dalam ruang kita
Kita jadi kita cipta
Biar mereka yang buta
Kerlipan bintang sejuta
Ayuh meroket ke sana
Bangkit semula jika ditarik jatuh
Abaikan tingginya graviti
Terus mendongak langit
Jangan dilupa bumi
Asal usul mulanya kita
Siapa yang bantu kita
Semuanya Dia Yang Maha Esa

Adli Shinichi
4:10 petang, 6 September 2016
Sasana Kijang, Kuala Lumpur

Rabu, 31 Ogos 2016

[PUISI] Erti Satu Bangsa


Erti Satu Bangsa

Lahirnya lebih awal daripada kita
Hidupnya lebih lama daripada kita
Jasanya lebih banyak berbanding kita
Pengorbanannya menandingi kita

Namun serpihan sejarah kian dilupakan
Anak muda kian dewasa
Lupa segala jasa dan pengorbanan
Pejuang kemerdekaan dan bangsa
Negara kita wujud pelbagai bangsa
Harus bersatu untuk mencapai kejayaan

Perjuangan demi dia terlalu perit
Pengorbanan yang dibuat terlalu jerih
Penantian demi penantian
Peperangan demi peperangan

Janganlah kita mementingkan diri
Janganlah kita lupa diri
Janganlah kita meninggi diri

Kita satu negara
Kita berbilang bangsa
Kita rakyat merdeka
Melayu, Cina, dan India. Lain bangsa
juga bersama satu Negara

                                                bom
                        bom
bom

Usah biarkan ianya
Merobek kembali apa yang kita bina
Tanah Malaya
Malaysia bebas merdeka

Adli Shinichi
5:30 petang, 30 Ogos 2016
Kompleks Campbell, Kuala Lumpur

Selasa, 30 Ogos 2016

[EVENT] Revolusi Malam Merdeka


Persatuan Aktivis Seni Indie Malaysia mempersembahkan REVOLUSI MALAM MERDEKA

REVOLUSI MALAM MERDEKA adalah sebuah projek indie yang merangkumi elemen komuniti, seni dan budaya demi menyemarakkan dan menyemai semangat patriotik dan cinta akan negara.

Ayuh bersama-sama kami malam ini (30 Ogos 2016) di perkarangan Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur bermula jam 8.00 malam dalam REVOLUSI MALAM MERDEKA. Semarakkan semangat patriotik dan cinta akan negara bersama band jemputan dan aktivis seni seperti Patriots, Gejika, Juan Danza, Fadzil Radzi, Adli Shinichi, Taufiq Sallehuddin dan Akyem Samad.

Anda juga berpeluang memenangi wang tunai RM200 dengan menyertai pertandingan Foto Android. Hanya perlu hadir dan muat naik gambar program kami ke laman sosial masing-masing dengan menggunakan hashtag #Sehatisejiwa #RevolusiMalamMerdeka

http://www.facebook.com/events/824369687699315

Translate This Page