Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Jumaat, 26 Julai 2013

Kembalikan IDM Extension yang tiba-tiba hilang daripada Chrome

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Baru-baru ni ramai yang gelisah sebab Google telah membuang IDM Extension secara automatik dan menghalang kita daripada memasukkan kembali ke dalam Google Chrome. Mesej tersebut akan keluar seperti ini "Google has flagged "IDM Intergration" as malicious and installation has been prevented."
Buka aku saja yang mengalaminya, tetapi ramai pengguna IDM mengalami perkara tersebut. Oleh itu, aku akan ajar macam mana nak kembalikan 'IDM Extension' ke Chrome semula.
Ada cara nak memintas sekatan ini. Caranya mudah sahaja.
  1. Pergi ke folder 'Internet Download Manager' dalam 'Program Files'.
  2. Cari fail 'IDMGCExt.crx' (Ini adalah IDM integration extension untuk Chrome) dan tukarkan .CRX extension kepada .ZIP extension.
  3. Extract kandungan fail tersebut ke dalam satu folder pada desktop (atau di mana saja anda boleh menulis data kerana dalam 'Program Files' anda perlukan keizinan untuk menulisnya) dengan menggunakan WinRar atau 7Zip atau WinZip.
  4. Copy folder yang telah di extract tadi ke dalam folder 'Internet Download Manager' dalam 'Program Files'.
  5. Buka 'page extension' di Google Chrome dan enable kan 'developer mode'.
  6. Klik pada butang 'Load unpacked extension' (atau sesuatu seperti itu), navigasikan ke folder di mana anda telah ekstrak fail 'IDMGCExt' tadi
Untuk lebih faham, tonton video ini. Terima kasih. Selamat mencuba.

Ahad, 21 Julai 2013

Permainan Tahap Serabut

Salam. Tak tahu nak post apa. Jadi post game je la. Sebenarnya, ni game pertama saya buat guna Platformer Game Maker di web Sploder. Nak buat yang lebih expert, tak belajar. Jadi cuba je la ye. Terimas.

Isnin, 24 Jun 2013

Salam Nisfu Syaaban 1434H


Assalamualaikum. Semoga anda semua dalam keadaan yang sihat dan dirahmati Allah SWT.

Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1434 Hijrah) jatuh ketika masuknya waktu MAGHRIB pada hari AHAD (mlm Isnin) 23 Jun 2013.

Pada malam Nisfu Syaaban, buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat & rahmat selepas malam Lailatul Qadar.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada malam itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dengar Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafan-Mu drpd apa yang akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu & aku berlindung kepada-Mu daripada-Mu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadap-Mu seperti kamu memuji diri-Mu sendiri.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

PERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil

PERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT
seperti :
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.

Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”

MEMBACA AL QURAN
MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA

PERBANYAKKAN TASBIH, TAHMID, TAHLIL, TAKBIR
Ucap subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar
Fadilat : setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.

Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan. In Syaa Allah.

Translate This Page