Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Selasa, 12 Julai 2011

Sajak Buat Bersih 2.0 dari A.Samad Said



KUASA gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga

dan diumum itulah busana bahaya.



Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam kalbu.


Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.


Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.



Nurkilan;
A.Samad Said

sasterawan Negara

Isnin, 4 Julai 2011

Sibuk Sibuk Sibuk

Salam semua 'Kipas Susah Mati' blog ni... Sory kpd follower coz x dan nk update blog. Masa senggang xde. Sibuk memanjang. Start tahun depan kalau xde aral melintang. Blog ni akan sentiasa update dgn pendapat2 yg panaas...

TQ kpd mereka2 yg terus mendukung blog ni...

p/s : sibuk la sangat... Tp Good Luck for your STPM, Adli Shinichi Corporation.

Translate This Page