Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Isnin, 12 Disember 2016

REVIEW - Pandangan Terhadap Filem Desolasi 2016


Setelah selesai satu persembahan monolog kelmarin aku terus merangka untuk menonton filem. Makanya aku pilih filem #Desolasi oleh Syafiq Yusof. Tahniah aku ucapkan.

Bermula dari trailer nya aku mula ternanti-nanti filem ni. Tiba tarikh tayangan, aku cuba mengajak rakan untuk menonton tetapi tidak berjaya. Tambahan pula aku punya latihan untuk persembahan lain. Makanya, hari ni aku berkelapangan untuk menonton.

Sepanjang menantian aku untuk ada masa menonton filem ni,aku dapat beberapa pandangan dari kawan-kawan yang mengatakan filem ni tak best. Penceritaan yang lemah dan beberapa kelemahan lagi. Tapi bagi aku, selagi aku tak tonton aku tak boleh komen panjang. Yes. Lain orang, lain dia punya pandangan. Dan pandangan tidak tertakluk kepada betul atau salah.

Filem Desolasi merupakan antara filem yang aku minat kerana kesan-kesan khas dia atau orang putih cakap CGI. Memang betul, filem ni 2/3 daripadanya guna CGI. Syabas Syafiq kerana berani. Aku follow Syafiq ni dari filem-filem pendek dia lagi kat Youtube. CGI dalam filem ni betul-betul gempak. Walaupun ramai yang membandingkan filem ni dengan filem luar, aku dapat rasa CGI kita meningkat. Part CGI yang paling aku suka dalam filem ni, part KL kosong tak ada seorang pun. Fuh, terbaik.

Bagi aku filem ini agak direct, dimana sesuai untuk penonton yang tidak mahu berfikir dan menunggu untuk disuap. Kerana filem ni tak tinggalkan persoalan persoalan yang tergantung untuk difikirkan. Kesemuanya dijawab dalam filem ni. Antara persoalan yang sempat melekat dalam kepala otak aku, 

"Kenapa daun berwarna hijau?"
Soalan ini diajukan oleh Aiman (lakonan Syamsul Yusof) ketika sekolah.

"Ayah, kenapa Tuhan tak bagi semua orang senang, semua orang kaya?"
Soalan Aiman kepada ayahnya (lakonan Jalaludin Hassan) ketika kanak-kanak.

Soalan-soalan ini mungkin ada yang pernah bertanya atau pernah ditanya. Dalam filem ini menggambarkan soalan-soalan ini tidak dapat dijawab oleh mereka yang lebih dewasa lalu memukul dengan rotan budak yang bertanya. Di sini dapat dilihat bagaimana mereka yang lebih banyak makan garam tidak dapat menurunkan egonya kerana tiada jawapan dengan memarahi penyoal.

Dalam filem ni, aku dapat dua isu besar yang cuba ditunjukkan. Pertama 'Sindrom Anton Babinski'. Penerangan tentang Sindrom Anton Babinski sampai pada aku melalui Desolasi. Kedua, 'Persoalan'. Menjadi lumrah manusia suka mempersoalkan. Dalam filem ni, Aiman selalu mempersoalkan tentang kesusahan yang dilaluinya.

Watak Aiman dibina cukup untuk membawa dia kepada alam desolasi. Bagi aku, watak Aiman agak menyentapkan. Kerana Aiman menjadi simbol untuk kita semua berfikir akan natijah terhadap ujian yang datang menduga. Aku ada pernah dengar 'jahat mana sekali pun, jangan tinggal solat'. Itu perkataan yang aku terlintas bila menonton filem ni. 

Desolasi boleh dikategorikan filem agama. Aiman selalu ditimpa kesusahan walaupun dia menjaga mak dia yang sakit. Nampak seperti dia membuat kebaikkan tetapi aku melihat bahawa, dia jaga mak dia tanpa ikhlas. Lepas tu, dia kurang ajar dengan ayah dia disebabkan kebenciannya dari kecil. Setiap kali ayah dia tanya "dah solat belum?", Aiman akan mengelak untuk menjawab soalan tu. Dari situ, kita dapat tahu mesej yang ingin disampaikan. Aku sedar filem ni jadi satu medium tarbiah sentap dengan bait-bait dialognya.

Contoh, babak atas bangunan, antara Aiman dengan Zahid (lakonan Pekin Ibrahim). Zahid memberitahu Aiman bahawa kekusutan yang dilalui Aiman adalah ujian (aku lupa dialog yang diucapkan), tetapi balas Aiman "Kau tak perlu bagitahu aku, semua orang kat luar sana pun tahu!". babak ni buat aku berfikir tentang 'alter ego'.

Selain tu, dialog Aiman dengan Maya (lakonan Bella Dally) sangat menarik. Ketika Aiman seronok berada dalam desolasi, dia bertengkar dengan Maya disebabkan Maya mahu keluar dari alam imaginasi tu bertentangan dengan Aiman yang menganggap alam imaginasi tu adalah Syurga. 

Aiman mempersoalkan,
"Apa bukti wak kalau ni bukan Syurga?". 

Maya jawab,
"Kalau ni Syurga, pertelingkahan ni tak akan berlaku!".

Lepas tu, Aiman mempersoalkan lagi tentang situasi Maya,
"Awak dah 10 tahun terperangkap kat sini, kenapa awak masih solat sedangkan doa-doa awak tak dikabulkan"

Maya membidas,
"Kita solat ni untuk mendapatkan sesuatu atau sebab Tuhan yang layak disembah?"

Akhir filem ni memberi impak yang bagus. pengajaran yang sesuai ditonton untuk semua lapisan masyarakat. Kadang kala kita selalu merungut dengan kesusahan. Hal tersebut menjadikan kita lupa bahawa kita sedang diuji.

Ada satu ayat ni memang menarik untuk dihadam. (Aku tak ingat sebutir-sebutir ayat dia)
"Dulu ketika aku celik, aku tak nampak erti kehidupan ni. Sekarang, Allah butakan mata aku untuk melihat apa yang aku tak nampak ketika aku tak buta dulu."

Dari segi karekter, ada sedikit yang aku terganggu. part yang Aiman jadi buta. Bagi aku, kalau nak buat watak buta ni agak susah. Mata orang buta ada yang terbuka ada yang nampak mata putih saja dan ada yang tutup. Tetapi, pilihan buta untuk Aiman ialah yang mata terbuka. Mata buta yang terbuka, aku rasa anak mata patutnya fokus kat satu point saja. Maksud aku, stay tak bergerak. tetapi, mata Aiman ketika buta dalam filem ni, tidak membuat aku percaya sebab agak meliar. Untuk watak Zahid pula, ketika nak duduk atas bangku dengan Aiman, aku nampak seperti dia off karekter sekejap sebab secara tiba-tiba kecacatan kakinya hilang masa nak duduk tu. Watak ayah pula, agak mumbling masa dalam kereta dengan Zahid lepas buat laporan polis.

Apa-apa pun tahniah tahniah buat seluruh pihak yang menjayakan filem Desolasi ni. Satu lagi filem yang menduduki carta aku sendiri. Tak membazir duit yang aku bayar untuk tonton. Aku bagi 8/10 keseluruhan filem ni. Ada lagi yang boleh ditambahbaik.

Jadi aku sarankan, pergilah menonton di pawagam berdekatan sementara masih dalam tayangan.

Aku pun masih mencari lagi dalam kehidupan ni. Pandangan kat atas ni aku buat berdasarkan apa yang aku faham dan tonton serta kehidupan yang aku lalui.

Ok. jumpa lagi. Aku nak pergi ke alam fantasi aku sekarang.

Selasa, 6 Disember 2016

KEPERLUAN IDEA & SKRIP RANCANGAN UDTV 2017


TAKLIMAT KEPERLUAN IDEA & SKRIP RANCANGAN UDTV 2017

Senarai program Unit Drama TV untuk tahun 2017 :

·         Panggung RTM (Telemovie)
ü  Durasi adalah 90 minit
ü  One-off
ü  Tema Aidilfitri
ü  Tema Hari Kebangsaan
ü  Tema Aidiladha
ü  Tema Hari Malaysia
ü  3 telemovie bebas (tidak bertema)

·         ED Tube (Electronic Drama Tube)
ü  Drama pendek bersiri
ü  Durasi adalah 7 minit untuk satu episod
ü  2 story /cerita
ü  1 cerita berjumlah 26 episod
ü  Tema bebas

·         Filem Pendek (Short Film)
ü  Filem pendek berdurasi 3 – 5 minit
ü  Tidak berepisod dan one-off
ü  5 cerita
ü  Tema bebas

·         Sitkom
ü  3 musim
ü  1 musim mempunyai 13 episod
ü  Jumlah episod, 3 x 13 = 39 episod
ü  Tajuk kerja sitkom “RUMAH KACA PRESINT 8

·         ABU (Asian Broadcasting Union) Short Drama
ü  Drama pendek
ü  Durasi adalah 15 minit
ü  One-off dan tidak berepisod
ü  Tidak bertema tetapi menjurus ke arah cerita berkonsep kanak-kanak

·         Kapsul / Public Service Announcement (PSA)
ü  Durasi adalah 3 minit
ü  Berkonsepkan public service announcement
ü  2 mesej
ü  One-off
ü  Tema Hari Kebangsaan


SYARAT-SYARAT
1.    Setiap proposal perlu dihantar pada atau sebelum 14 Disember 2016
(SILA SERTAKAN PROFILE PENULIS UNTUK RUJUKAN)

2.    Kaedah penyertaan melalui cara :
EMAIL : skripudtv@yahoo.com

3.    FORMAT
                      I.        Kategori
                    II.        Tajuk
                   III.        Logline
                  IV.        Storyline / sinopsis lengkap / berbentuk
                   V.        Line-up cerita
                  VI.        Watak dan Perwatakan
                 VII.        Perakuan Penulis
                                          i.    “Saya mengaku bahawa cerita ini adalah milik saya dan belum pernah diterbitkan di mana-mana Stesen Televisyen”.

Translate This Page