Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Khamis, 24 Mac 2016

[REVIEW] Pandangan Terhadap Filem Munafik 2016


Tunggu punya tunggu baru sebentar tadi baru aku dapat tonton filem Munafik arahan Syamsul Yusof ni. Dah nak sampai sebulan filem ini keluar. Tapi masih hangat dikatakan. Jadi sebab itu aku juga terpanggil untuk menontonnya. Sebelum aku nak coretkan lebih panjang lagi, aku nak kongsikan maksud munafik dulu. 
Ar 1. orang yg pd zahirnya mengaku keesaan Tuhan dan kerasulan Muhammad, tetapi sebenarnya tidak beriman; 2. orang yg amalan dan hatinya bertentangan dgn apa yg diperkatakannya; kemunafikan perihal munafik, sifat muna­fik.
Baik. Itulah maksud munafik mengikut kamus Kamus Dewan Edisi Keempat.

Pertama sekali syabas diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam pembikinan filem ini. Tahniah kerana kalian telah membuatkan aku kembali menonton filem Malaysia di Pawagam.

Filem Munafik ni bagi aku, merupakan filem yang mempunyai garapan yang sangat baik. 

Bermula daripada skripnya. bait bait dialog dalam skrip Munafik ni membuatkan aku kagum. Skrip dia seperti aku membaca buku-buku ilmiah kerana dalamnya punya pengajaran dan bagi aku ianya tidak membazirkan kata-kata. Isu yang diutarakan dalam skripnya juga membuatkan aku terfikir seperti ini "Betul juga tu, Tak pernah terfikir juga benda tu"' "Ha ah, kadang aku pun nak tanya benda tu". Salah satu dialog yang buat aku fikir macam tu ialah "Kenapa Allah kadang gunakan 'Aku' dan kadang gunakan 'Kami' dalam firman-Nya. Jawapan yang terus diberikan dan aku terima sebagai jawapan yang betul iaitu "Allah gunakan 'Kami' untuk maksudkan 'Allah dan kebesaran-Nya'. Satu lagi, bahagian skrip yang menegur orang Melayu tentang sifat busuk yang wujud seperti dengki dan terus disentapkan dengan "Memalukan Melayu atau memalukan Islam? Mana yang lebih utama?". Seperti panahan tetap ke hati. Tak dilupakan juga isu was-was yang diselitkan dalam filem ini. Kerana sedikit was-was itulah yang memudahkan syaitan menyesatkan manusia.

Jalan cerita filem munafik ini membuatkan filem ini berlalu dengan tempo yang agak pantas. Maksud aku, aku tidak sempat merasa bosan dengan jalan ceritanya. Sejujurnya dah ada orang yang spoiler dah siapa yang munafik dalam cerita ini. Tetapi aku menolak tepi perkara tersebut. Kalau aku terfikir, aku akan persoalkan bagaimana dia tunjukkan kemunafikan tersebut. Jadi aku letakkan diri aku sebagai penonton yang tidak tahu langsung cerita ini. Aku pun tertanya-tanya siapakah yang munafik sebenarnya? Kalau ikutkan jalan ceritanya, bermula dengan Syah si Penggali Kubur (kalau tak silap), pergi kepada Ibu Tiri, pergi kepada Maria, pergi kepada Pak Imam dan Ustaz Adam kesemuanya diletakkan isu atau babak yang membolehkan aku menyangka dialah munafik. Pada akhir cerita, plot twist.

Seterusnya dari segi warna filem ini. Filem ini banyak menggunakan warna yang gelap sesuai dengan tajuknya. Dari segi busana filem ini, tidaklah klise sangat. Seperti telekung yang berwarna putih, ustaz yang memakai jubah putih kesemuanya. Keadaan babak-babak dalam filem ini juga tidak keterlaluan dan melampau. Senang cakap. Ianya cukup. Ayat pertama yang keluar dari mulut aku semasa babak bola keranjang tu ialah "hantu malaysia dah tak main guli".

Watak-watak yang ada dalam filem ini membuat aku boleh menerima karakternya terutamanya watak Maria yang didukung oleh Nabila Huda. Perwatakan yang berbeza nampak dengan jelas. Cara penyampaian watak dirasuk pun tidak seperti yang kebiasaan aku tengok menjerit sehinggakan aku tak faham apa yang dicakapkan. Terbaik aku cakap. Untuk watak Adam yang didukung oleh Syamsul Yusof juga mampu membuat aku teruja. Terutamanya semasa dia menangis semasa babak dia mimpi jumpa isteri dia ketika kemalangan. Aku tak nampak babak sebelum keluar air mata sampai keluar air mata itu dipotong. Kedua-dua watak ini bagi aku berjaya membawa emosi tersebut sampai kepada aku. Tahniah lagi sekali.

Untuk dialog yang disampaikan, aku agak bermasalah dengan beberapa watak. Senada. Monotonous. Disengajakan atau tidak perasan? Tetapi aib ini telah ditutup dengan garapan elemen yang lain. Dialog yang dilontarkan juga jelas sebutannya. Maksud aku kali ini merujuk kepada Bahasa Arab yang digunakan. Mungkin pelakon belajar terlebih dahulu makraj sebutan dan memahami maksud dalam Bahasa Melayunya. Ayat-ayat Ruqyah dan ayat-ayat suci juga dibaca jelas tanpa di fade-out dengan mulut yang terkumat-kamit.

Dua hal yang paling aku hormat dalam filem ini adalah penjagaan aurat pelakon dan batas bersentuhan. Bagi aku semua pelakon aurat dia terjaga walaupun semasa dia dirasuk. Tak perlu untuk tunjuk rambut yang serabut untuk nampak hantu. Bab sentuh pula aku suka walaupun dalam keadaan takut, Maria tak peluk pun Ustaz Adam tu. Kalau filem lain (tak semua filem) kalau babak takut kena peluk orang yang dekat dengan kita. Semoga bahagian ini orang nampak apa yang Syamsul ingin sampaikan. 

Akhirnya dapat juga aku tengok filem Malaysia yang pengarahnya menjaga dua perkara ini. Terima kasih Syamsul. Kau dah buat aku menangis tengok filem ini. Bab doa masa pengakhiran filem ini betul-betul buat hati aku yang rapuh ini berdoa bersama kau.

Rasanya cukup dulu pandangan aku setakat ini. Aku bukanlah pandai sangat dalam bab filem mahupun agama ini. Aku bagi pandangan ini pun berdasarkan apa yang aku rasa selepas aku tonton filem ini. Yang mana baik tu ambiklah buat pengajaran. Yang mana buruk tu, aku minta maaf. Jangan kecam aku pula.

Rating? Nak bagi berapa ya?
9.9/10 aku bagi. Mana pergi 0.1/10? 
0.1 itu untuk akulah sebagai penonton.

Jadi, yang belum menonton tu, pergilah ke pawagam. Berbaloi.

Sehingga ketemu lagi.

 

Translate This Page