Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Isnin, 1 Jun 2015

[DIARI] PERTUKARAN BELAJAR KE BEIJING - 1 JUN 2015


Hari ini merupakan hari pertama perjalanan aku ke Tanah Besar China. Pelbagai perasaan datang ketika ini. Aku ke Beijing atas keperluan kursus Bengkel Teater Tradisional 2. Pelajar yang mengambil kursus tersebut mempelajari tentang Opera China. Aku ke Beijing bersama 10 orang rakan kelas, seorang pensyarah dan Ketua Jabatan Drama Pusat Kebudayaan.

            Ramai antara rakan-rakan yang akan ke Beijing mula mengemas pakaian dan barang-barang mereka bermula dari malam hari. Aku seperti biasa tidak dapat mula mengemas kerana aku tiada perancangan untuk membawa baju apa. Aku mula mengemas dari pukul 10:30 pagi hari ini. Selesai mengemas, aku meminta tolong rakan bilik untuk menghantar aku ke Dewan Tunku Canselor (DTC).

            Kami mula berkumpul di Dataran DTC dari jam 1 petang. Kami berkumpul di sana kerana memudahkan staf Pusat Kebudayaan menghnatar kami ke KL Sentral. Seorang dari kami terus bergerak dari KL Sentral dan seorang dari kami terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2). Kami mengalami sedikit kelewatan bergerak dari Universiti Malaya (UM) atas faktor kelewatan salah seorang dari kami.

            Kami bergerak dari UM ke KL Sentral hampir jam 3 petang. Dari KL Sentral, kami mengambil bas untuk ke KLIA2. Harganya RM 10. Sampai saja di KLIA2, kami menunggu seorang lagi rakan kami dan terus Check-In penerbangan kami. Selepas itu kami pergi makan sementara menunggu masa berlepas iaitu jam 7 petang. Setelah semuanya selesai, dan masanya telah tiba. Kami mula berangkat ke dalam kapal terbang. Penerbangan ke Beijing mengalami sedikit kelewatan kerana terdapat penumpang yang check-in saat akhir.

            Setelah berada di ruangan udara, pramugara dan pramugari mula menghantar makanan yang dipesan secara online. Selepas itu barulah boleh memesan makan secara terus. Ketika memesan makanan, kami ada berborak secara kuat. Paling diingat, ketika kapal terbang sedikit bergoyang kerana melanggar angin yang kuat, kami memberitahu rakan yang berada di seberang tempat duduk kami bahawa kapal terbang sedang lalu di jalan yang berlubang. Rakan kami tidak dapat mendengar secara jelas. Secara tiba-tiba, seorang pramugara tersebut menyebut, “iya, jalan berlubang”, ketawa kami. Sekali lagi kejadian itu berlaku, kami memberitahu sekali lagi kepada rakan kami itu, pramugara itu sekali lagi berkata, “Kapal terbang lalu jalan lama nak elak tol, sebab itu jalan tak elok”, pecah perut ketawa. Setelah kenyang, mata mulai kuyu. Tidur.

Translate This Page