Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Jumaat, 18 Julai 2014

[BREAKING NEWS] Malaysian Passenger Plane Crashed In Ukraine

Salam 1 Dunia..

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Beberapa minit yang lalu, kita mendapat berita bahawa satu pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini. 

Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam. 
Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine. - Agensi . 
Pesawat tersebut ialah MH17(Boeing 777). Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara. 
Berikut merupakan berita daripada Reuters.
Ukraine says rebels shoot down Malaysian airliner, 295 dead : agency
(Reuters) - A Malaysian airliner was shot down over eastern Ukraine by militants on Thursday, killing all 295 people aboard, a Ukrainian interior ministry official was quoted as saying by Interfax-Ukraine news agency.
The aircraft, which other sources said was a Boeing 777 flying from Amsterdam to Kuala Lumpur, came down near the city of Donetsk, stronghold of pro-Russian rebels, Anton Gerashchenko said, adding that it was hit by a ground-to-air missile.
There was no further confirmation of the report, although Ukrainian officials said local residents had found wreckage.
Malaysia Airlines said on its Twitter feed it had lost contact with its flight MH-17 from Amsterdam. "The last known position was over Ukrainian airspace," it said.
Gerashchenko was quoted as saying: "A civilian airliner travelling from Amsterdam to Kuala Lumpur has just been shot down by a Buk anti-aircraft system ... 280 passengers and 15 crew have been killed."
Interfax-Ukraine quoted another Ukrainian official as saying the plane disappeared from radar when it was flying at 10,000 metres (33,000 feet), a typical cruising altitude for airliners.
It came down at Torez, near Shakhtersk, some 40 km (25 miles) from the Russia border. The area has been the scene of fighting between Ukrainian troops and pro-Russian rebels.
Ukraine has accused Russia of taking an active role in the four-month-old conflict in recent days and accused it earlier on Thursday of shooting down a Ukrainian fighter jet - an accusation that Moscow denied.
(Reporting by Richard Balmforth and Alastair Macdonald; Editing by Peter Millership)
Ini daripada Berita Harian.
Pesawat Malaysia ditembak jatuh - Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine
Pesawat Malaysia ditembak jatuh - Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine 
Agensi berita Reuters melaporkan pesawat #MAS #MH17 membawa 295 penumpang
KIEV: Seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu.
Menurut sumber lain, pesawat itu ialah jenis Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko. 
Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara. 
Setakat ini, tiada pengesahan lanjut mengenai laporan berkenaan walaupun pegawai Russia berkata, penduduk tempatan menjumpai bangkai pesawat.
Gerashchenko dipetik sebagai berkata: "Sebuah pesawat awam yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh oleh sistem anti-pesawat Buk....280 penumpang dan 15 kru terbunuh." - Reuters
Marilah kita mendoakan mangsa yang terkorban. Al Fatihah. Janganlah kita bergaduh dan membuat apa-apa spekulasi yang boleh menimbulkan FITNAH.
Dugaan demi dugaan. Sabar dan tabah menjadi taruhan. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aamiin...
‪#‎pray4Malaysia‬
‪#‎pray4Palestin‬ 
‪#‎pray4Gaza‬
‪#‎pray4mh370‬
‪#‎pray4mh17‬
‪#‎Allahuakbar

Khamis, 17 Julai 2014

TESCO Jitra Dibuka Hari Ini [17 Julai 2014]


Bagaimana hari ini? Semoga kita berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.

AS dah lama tak balik Jitra ni. Rupanya hari ini Tesco Jitra dah nak buka. AS cerita sikit lah pasal Tesco Jitra ni yang Admin tahu.

Mula-mula dulu Tesco Jitra ni masih samar-samar nak buat atau tak kat situ. Situ tu kat mana? Ok, ni gambar lokasinya
Mula-mula dulu, ada khabar yang kata Chin Hin tak bagi buat. Sebab CMart buat kat Tanah Merah hari tu. AS tak pasti la betul atau tak. 

Selepas tu, CMart yang kat Tanah Merah tu runtuh. Terus naik papan projek Tesco kat kawasan tu. AS tak ingat tarikh yang tepat. Ni AS cerita berdasarkan sahabat AS yang tinggal di Jitra ni sebab AS ada di Kuala Lumpur. 

Masa AS balik Jitra nak dekat puasa kali ni, AS tengok dah siap dah. Laju betul mereka ni bekerja. Dalam hati AS, Tesco Jitra ni tak sampai raya buka la ni.

Semalam masa AS memasak bubur lambuk dengan geng UUM kat masjid UUM, AS ada dengar salah seorang kat situ sembang pasal Tesco nak buka esok (17 Julai 2014) iaitu hari ni. AS dengar je la. 

Balik-balik saja rumah, AS tengok ada flyes Tesco Jitra. Memang sah la hari ni buka. Pukul 9 pagi.
Biar je la nak buka bila pun kan. Yang penting kita kawal nafsu kita. Ni ada la sikit tentatif program yang dijalankan sempena pembukaan Tesco Jitra ni. Dan juga peta Tesco Jitra ni.

p/s : Walaupun Malaysia masih aman, janganlah kita lupa bahawa saudara kita di Bumi Gaza berjuang mempertahankan Islam. 

Allahumma suril islam wal muslimin wal mujahidin fi Falestin wafi Syiria wafi Iraq wafi Rohingya wafi Indonesia wafi Malaysia wafi kullizamanna wafi kullimakan...
Ya Allah, selamatkanlah Islam dan kaum muslimin...

#PrayGaza #Gaza #Palestine #PrayForPalestine #KeepPrayForGaza#SaveGaza #AmanPalestine #DoakanGaza #GazaUndefFire#GazaUnderAttack #Share #Help #Humanity #Pray #Please#DestroyTheZionist #Destroy #Zionist #AllahuAkbar #Sympathy #Pathy#Bless #Allah #DoaUntukGaza #Pray4Gaza #VoiceForGaza#SelamatkanGaza #BantuGaza #Jews #Laknatullah

Isnin, 14 Julai 2014

[FIFA WORLD CUP] Keputusan Penuh

Piala Dunia telah melabuh tirainya. Tahniah buat pasukan Jerman. Apa-apa pun keputusan, janganlah kita bergaduh sesama sendiri. Ingat saudara-saudara kita di bumi Gaza yang sedang mempertahankan Islam.
 
Di sini Admin tampilkan keputusan penuh Piala Dunia 2014.

Klik Sini untuk muat turun.

Sumber : FIFA.com

Selasa, 8 Julai 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

http://www.nile.com.my/page.php?cd=76
Terjumpa satu entry ni, terus ambik. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tak ada tak apa~ Hehe...

Andai kata admin dapat RM300 ni, admin akan gunakannya untuk menampung duit untuk dibuat pelaburan. Buat modal untuk bisnes. Itu perancangan pertama.

Untuk perancangan kedua, admin akan guna duit ini untuk membeli keperluan di bulan Ramadhan atau nak dekat nak raya. Jadi tak perlu nak minta dari parent lagi. Ye la, dah beberapa tahun tak ada baju raya baru. Asyik guna yang tahun-tahun lepas saja. Teringin juga nak rasa baju baru

--------------------- ^_^ ---------------------

Anda nak masuk juga? Boleh, ini caranya.

Ada empat langkah :
  1. Buat entry dengan TAJUK : Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My
  1. Letak banner dan link http://www.nile.com.my/page.php?cd=76 macam di atas tu
  1. Dalam entry tu, cerita la apa yang nak buat dengan duit tersebut macam yang admin cerita kata atas tu.
  1. Emailkan ke give_away@nile.com.my maklumat anda macam maklumat kat bawah ni :
  • Tajuk : Raya GiveAway (Nama Penuh Korang) 
  • Link Blog :
  • Nama Penuh :
  • H/p Number :
Senang kan. Nanti anda boleh lah semak keputusannyanya di http://www.nile.com.my/page.php?cd=92
Tarikh akhir untuk join contest ni ialah pada : 21/07/2014, 11.59pm

Sabtu, 5 Julai 2014

[BERITA] Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

Sebelum kita baca berita ni marilah kita sama-sama membaca Ummul Kitab, Al-Fatihah disedekahkan kepada beliau~ Al-Fatihah.

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Kuala Lumpur: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini. 

Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini. 

Isnin lalu, Sharifah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengadu sukar bernafas. 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.

Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.

Allahyarham seterusnya dilamar syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam yang mendapat sambutan hebat. Pernah menghasilkan hampir 100 album, termasuk tujuh album bahasa Inggeris. anak didik Datuk Ahmad Nawab itu menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.

Sumbangan besarnya terhadap industri hiburan negara dihargai apabila menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003. 
Hasil perkahwinannya dengan Ali Bakar pada tahun 1981, arwah dikurniakan seorang anak lelaki . Perkahwinan mereka hanya bertahan setahun dan Sharifah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seoran ahli korporat bergelar Datuk tetapi bercerai pada tahun 1992.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.

- Berita Harian

Sumber lain : Utusan Online

p/s : Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Meninggal di bulan puasa itu Husnul Khatimah~ Al-Fatihah.

Khamis, 3 Julai 2014

[PUISI] Katarsis

Katarsis
(Sempena Ramadhan 1435H)

Mulanya bersih dan suci
Kosong tidak mengenal juga dikenali
Dimasukkan satu isim yang bernama roh
Dihantar ke dunia mengikut ketentuan

Tangisan ketakutan diiringi kegembiraan
Ada juga yang membuangnya
Tanpa dosa melangkah
Menerjah meneroka
Membesar

Kekosongan dan suci bersih mula dicorakkan
Ada yang menjadi cantik dan harum
Tidak kurang pula yang buruk dan busuk
Jalan yang dilalui dipilih sendiri
Lurus dan bengkok
Cerah dan gelap

Setiap pilihan tetap berakhir di satu tempat
Bezanya cuma cepat atau lambat
Dekat atau jauh sahaja
Semuanya bergantung kepada dogma sendiri

Kaya? Berdarjat? Berkuasa?
Hanya tiga yang dibawa bersama
Tiga perkara itu berkekalan jika betul ajarannya
Doa pewarisnya diidamkan
Amalannya ditagihkan
Sedekahnya diimpikan

Berada di sana adalah pasti
Tidak sama tetapi berbeza
Tiada lagi jalan pulang
Meminta meronta tiada guna
Sudah terlambat untuk kembali
Usia jangan disia-siakan
Perlu sedar dari awal
Kembali ke pangkal jika melencong

Ya Allah
Ampunilah aku
Ampunilah kami
Ampunilah semua

Adli Shinichi
3:30 petang, 3 Julai 2014, 4 Ramadhan 1435
Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia

Translate This Page