Sabtu, 30 Mei 2009

Rahmat untuk suami isteri yang bangun malam

Rahmat untuk suami isteri yang bangun malam
Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan
bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit.
Banyak
rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagian sendiri.
Mereka
menyangkakan wang adalah segala-galanya. .. Namun setelah memperolehi
semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak
mesra.
Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan
ibu
bapa dan anak-anak renggang.

Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata,
yang
paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri. Suami perlu mendidik
isteri
ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. Cinta
kepada
Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari
redha Allah SWT.

Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari
keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam. Allah SWT
berfirman yang bermaksud, "Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan
takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan
pelanggaran."
(Surah Al-Maidah, ayat 2)

Malah Rasulullah SAW sangat suka kepada suami isteri yang saling
bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam
ketika
semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan
dunia dan akhirat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah SAW
bersabda,
"Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah
malam
lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan
solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya.
Mudah-mudahan
Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk
mengerjakan
solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka
dipercikkanlah
air ke mukanya." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Menerusi hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat
seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti
memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan
ibadat kepada Allah SWT apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta.

Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan.
Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa
dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat.
Kebahagiaan
seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada
ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan
diredhai Allah dunia dan akhirat.

Ini jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud, "Wahai jiwa yang tenang
kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai.
Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (Surah
Al-Fajr,
ayat 27-30)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya: Rasulullah
SAW bersabda, "Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu
malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka
termasuklah
atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir
kepada
Allah." (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Kelebihan bertahajud

Antara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat
ialah sentiasa bertahajud dan berqiyamullail. Rasulullah SAW bersabda,
ada
sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajud.

Lima ketika di dunia:
1.    Terselamat daripada beberapa bencana
2.    Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
3.    Disukai oleh hamba Allah
4.    Ucapannya penuh hikmah
5.    Dijadikan orang yang bijaksana

Empat ketika di akhirat:
1.    Dipimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
2.    Diringankan hisabnya
3.    Meniti titian sirat seperti kilat
4.    Menerima buku catatatan amal dari tangan kanan

Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul
penyesalan pada hari kemudian.

Sumber : KOLEKSI ANIS, Ustazah Siti Bahyah Mahamod di GaleriIlmu

Translate This Page