Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Selasa, 31 Mac 2009

ciri-ciri seorg kawan yg best

Something to think about. Are you a good  friend...............?

1)    Pilih orang yang mempunyai  minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai  persamaan,tetapi jangan mengetepikan orang yang  langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda,  bersikap terbuka baik untuk anda.

2)    Ingatlah pada satu pedoman  penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain  sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda  menghormati orang lain,orang lain akan  menghormati anda juga.

3)    Sedarlah bahawa tiada siapa  yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat  aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara  satu sama lain adalah kunci persahabatan yang  baik.

4)    Hargai pendapat satu sama  lain.

5)    Sedarlah bahawa kawan yang  rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina  minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan  anda mempunyai minat-minat yang lain  juga.

6)    Komunikasi sangat penting,  kawan anda tidak boleh membaca fikiran  anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan  anda, beritahulah.

7)    Jangan biarkan faktor luaran  seperti tekanan (stress)  menjejaskan persahabatan anda.Kawan yang baik akan membenarkan anda  melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya  mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan  sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk  mendengar luahan perasaan mereka pula.

8)    Belajar daripada satu sama  lain.

9)    Jangan mengata di belakang  kawan anda.

10)  Pilih kata-kata anda dengan  bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya  kembali.


10.i)       Bersahabatlah dgn org yg forward mail  nie  kerana dia seorang sahabat yang  paling best.. kenaper? x percaye yer? betul  ape!:-)

Translate This Page