KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.
Azalina yang sebelum ini Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.
"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan.
"Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.
"Kita tak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" katanya kepada mStar Online.
Azalina (duduk tiga dari kiri) bersama wartawan hiburan pada majlis ramah mesra di Restoran Rebong, Bangsar pada Khamis.
Baru-baru ini LPF telah mengeluarkan garis panduan peraturan rasmi yang perlu dipatuhi oleh setiap stesen televisyen di Malaysia.
Menerusi garis panduan tersebut, adegan ghairah antara berlawanan jantina mahupun sejenis akan dipotong, manakala perlakuan mencium pipi, dahi, tangan dan babak berpelukan hanya dibenarkan kepada babak-babak membabitkan pelakon bukan Islam sahaja.
Selain adegan sensual dan ghairah, LPF akan turut memotong babak-babak yang menampilkan elemen tahayul dan khurafat seperti manusia berinteraksi dengan roh mahupun jin secara jelmaan fizikal, adegan pembacaan mantera yang bercampur dengan ayat Al-Quran dan adegan ajaran sesat yang tidak diakhiri dengan babak pembalasan atas sikapnya itu.
Walau bagaimanapun, ia hanya tertakluk kepada drama yang melibatkan jalan cerita masyarakat Islam sahaja manakala agama lain bebas untuk menampilkan elemen tersebut.
Dalam pada itu pihak LPF turut menyatakan garis panduannya terhadap elemen-elemen lain seperti babak membabitkan rokok, minuman keras, dadah, kerosakkan akhlak, pakaian, perlakuan tidak sopan, ganas, kejam dan berbaur politik.
LPF adalah agensi yang terletak bawah Kementerian Dalam Negeri.
Sementara itu, Azalina berkata, walaupun hanya sempat memegang jawatan sebagai pengerusi Finas selama sebulan 10 hari, beliau tetap akan membantu menaikkan taraf industri seni tempatan yang dilihat semakin nazak.
"Selepas dilantik menteri, saya perlu melepaskan jawatan (pengerusi Finas). Tetapi saya akan tunggu pengerusi baru untuk menyerahkan tugas saya.
"Cuma saya harap, orang yang mengambil alih jawatan pengerusi itu adalah seorang pemimpin Umno, bagi saya suka atau tidak industri kreatif harus dipelopori oleh orang Melayu dan sebaik-baiknya biarlah mereka yang memimpin supaya dapat membawa wawasan Umno," ujarnya.
Bagaimanapun, Azalina berkata, penggiat seni tidak perlu khuatir dengan pemilihan pengerusi Finas yang tidak mempunyai latar belakang seni memandangkan mereka sekadar memberi hala tuju industri manakala ahli lembaga Finas yang dilantik kebanyakannya terdiri daripada golongan pemain industri yang bertindak sebagai penggerak.
Assalamualaikum...lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tp rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada org yg mengatakan kalau setakat berpegang2 atau adegan2 tertentu antara bukan mahram dlm drama n filem tak payahlah diperbesarkan..disuruhnya pulak berfikiran terbuka jgn disempitkan.. Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha utk menambah baik dan patuh pd perintah Allah wajib disokong, utk Akak yg bercakap demikian, bawak2 lah insaf, hidup didunia x lama, kuasa menteri pun apa sangat.. Kita ni makhluk Allah, hamba Allah.. Klu kita x mampu jd baik tp janganlah halang orang lain nak jd baik.. Yg haram tetap haram walau sekadar lakonan...
Assalamualaikum...lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi...
Posted by Ustaz Mohd Kazim Elias on Saturday, August 1, 2015