30 Jun 2014 bersamaan 2 Ramadhan 1435
Hari ini merupakan
hari pertama Latihan Industri. Seperti yang diberitahu, Admin perlu datang ke
pejabat sebelum pukul 8 pagi dan akan pulang pada pukul 5 petang.
Perkara pertama
yang dilakukan di pejabat memang memeranjatkan Admin dan membuat Admin
terkejut. Hal ini kerana perkara perkara pertama tersebut sangat berbeza dengan
budaya di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya (PK, UM).
Setiap hari, tepat
pukul 8 pagi semua staf akan berkumpul terlebih dahulu untuk melakukan doa
pagi. Secara jujurnya Admin memang merasa tenang dengan ritual pagi ini.
Dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan 3 Qul. Selepas
itu diteruskan dengan bacaan doa.
Selesai sahaja
ritual pagi tersebut, Pengarah Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia
(PBS, UUM) akan memberitahu maklumat yang perlu disampaikan dan sesi
penerangan. Setelah itu pula, diadakan pula sesi round table jika ada apa-apa maklumat dan masalah yang ingin
disampaikan oleh semua staf.
Dalam masa yang
sama, sesi perkenalan ringkas dilakukan. Pengarah PBS sendiri memperkenalkan
semua staf yang berada di PBS. Admin juga turut mengenalkan diri secara
ringkas.
Selepas bersurai Admin
berjumpa dengan Pengarah PBS untuk taklimat ringkas dan penyerahan fail
peribadi. Admin juga diminta untuk mendapatkan tanda tangan semua staf PBS yang
secara tidak langsung Admin akan berkenalan dengan mereka.
Admin juga ‘melawat
kawasan’ dengan bantuan salah seorang staf di PBS. Beliau menunjukkan
tempat-tempat yang terdapat di PBS. Antaranya Bilik Mesyuarat, Studio dan
Surau.
Tepat jam 9:30
pagi, diadakan Ceramah Keberkatan Ramadhan sempena awal bulan Ramadhan. Dalam
ceramah ini Admin ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis. Ini merupakan
tugas yang mudah kerana Admin pernah melakukannya.
Hari ini Admin
pulang pada jam 4:50 petang kerana waktu pulang di bulan puasa adalah 4:30
petang.