Persoalan mencari kekayaan pada masyarakat hari ini banyak
digembar-gemburkan dengan pelbagai alasan dan pandangan sinis oleh
mereka yang tidak memahami keperluan untuk mencari kekayaan.
Sebagaimana kita semua sedia maklum, Islam menyarankan umatnya agar hidup penuh dengan kesederhanaan dan tidak melampaui batas.
Malangnya ada di kalangan kita menyalah tafsirkan maksud sederhana di sini.
Bahkan saya sendiri beberapa kali bertemu dengan ramai kenalan saya yang tidak berpuashati dengan persoalan mencari kekayaan di dunia ini.
“Buat apa susah payah cari kekayaan di dunia ini, kalau mati pun bukannya boleh bawa ke kubur!”, katanya.
“Bukankah Islam menyarankan umat Islam agar hidup dalam kesederhanaan? Jadi tak perlulah kita bersusah payah memikirkan soal kekayaan ini! “, tambahnya lagi.
Jika anda juga bersependapat dengan apa yang dikatakan oleh sahabat saya seperti mana di atas, tolong beri perhatian pada apa yang ingin saya jelaskan dalam artikel kali ini.
Wahai saudara-saudari ku yang sungguh budiman, biar saya jelaskan kedudukan sebenarnya tentang apa yang dimaksudkannya dengan ‘kesederhanaan’ itu!
Islam tidak menghalang umatnya mencari kekayaan selagi ianya tidak mengabai tanggunjawabnya sebagai seorang muslim bahkan amat menggalakan umat Islam mencari harta kekayaan di dunia.
Ini kerana jika anda benar-benar faham akan konsep sebenar kekayaan dalam Islam, anda pasti lebih terbuka dalam soal ini.
Kekayaan perlu bahkan amat perlu untuk diusahakan oleh setiap umat Islam.
Dengan harta kekayaan yang ada, umat Islam dapat membangunkan ekonomi Islam dan menjalankannya menurut tuntutan muamalat .
Ramai juga yang terlupa bahawa harta kekayaan yang kita perolehi di dunia ini sebenarnya masih boleh kita bawa sehingga ke kubur walaupun jasad kita sudah tiada dimamah tanah, bahkan hingga ke akhirat juga seandainya kita gunakannya untuk kebaikan seperti zakat, sedekah, atau pun wakaf ke jalan yang diredhai oleh ALLAH s.w.t.
Sederhana yang dimaksudkan dalam Islam adalah apabila seseoarng itu memiliki kekayaan di dunia ini, mereka hendaklah menguruskannya dengan penuh kesederhanaan untuk kehidupan dan keperluan diri dan keluarganya.
Disamping itu, mereka perlu memikirkan tanggunjawab yang mereka perlu lakukan dengan harta kekayaan mereka untuk membantu masyarakat sekitarnya yang memerlukan dan bukannya untuk kepentingan hidup diri sendiri sahaja.
Harus diingat kekayaan yang dianugerahkan kepada kita adalah satu AMANAH yang besar dan perlu dipikul dengan sebaik mungkin dan diuruskan dengan betul sebagai tanda kesyukuran kita kepada yang maha esa.
Dengan kata lain, Islam menyarankan agar kita bersederhana menggunakan kekayaan yang ada untuk keperluan diri dan keluarga agar sebahagian daripadanya dapat disumbangkan semula melalui amal jariah.
Lihat sahaja lah kepada semua manusia yang kaya raya di muka bumi kini, tidak kira di dalam atau pun di luar negara, masing-masing mempunyai Yayasan mereka sendiri untuk disumbangkan kembali kepada masyarakat.
Justeru itu, sementara kita hidup di dunia ini, carilah harta
kekayaan melalui jalan yang diredhai Allah sebaik mungkin agar kita
dapat gunakannya untuk bekalan di akhirat kelak.
Waallahualam.
Salam kekayaan,
Sumber : MENJADI KAYA ATAU SEDERHANA ?
Berikut soalan yang Irfan Khairi ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang saya ingin kongsikan bersama:
IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini?
DDFK :Ini adalah salah satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama’-ulama’ yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah ‘umattan wasata’ ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.
Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama’-ulama’dan ulama’ mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan seimbang iaitu ‘balance’. Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu bukannya seimbang.

“Jelaslah di sini bahawa sederhana dalam
Islam ialah apabila seseorang itu kaya, ianya hendaklah hidup dalam
kesederhanaan dan bukannya hidup sederhana tanpa mencari kekayaan di
dunia.”
Waallahualam.
Salam kekayaan,
Sumber : MENJADI KAYA ATAU SEDERHANA ?
Berikut soalan yang Irfan Khairi ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang saya ingin kongsikan bersama:
IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini?
DDFK :Ini adalah salah satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama’-ulama’ yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah ‘umattan wasata’ ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.
Pertengahan itu dikatakan seperti ”ala, kalau kita mati nanti pun kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk kubur”. Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: “Allah amat kasih akan hambanya yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang terbaik “. Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?
Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama’-ulama’dan ulama’ mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan seimbang iaitu ‘balance’. Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu bukannya seimbang.
Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi ‘jumud’ atau terikat dengan tekanan dengan kata-kata, ”Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya”. Itu adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya juga akan jadi cemerlang juga.
So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda dengan berkata-kata ”buat apa lah nak kaya-kaya… bukan boleh bawak masuk kubur pun…”, anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah Kamsah lagi.Sumber : Kekayaan menurut Islam
0 analysis:
Catat Ulasan