Isnin, 15 Ogos 2011

<([ COUPLE ISLAMIC ])>

Ada seorang sahabat SHARE sesuatu yang buat saya terkedu seketika. Tapi yang ini mungkin memberi kesan. Jom layan....

Kisahnya mengenai 3 org, C, B dan X. C dan B sama-sama belajar. Beberapa lama kemudian, C jatuh hati pada KECANTIKAN,KEMANISAN,KEJELITAA​N,KEAYUAN DAN SEMUA KE**** B... Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Tak boleh bla..HAHHAHA!!!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, C cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada B sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat.

Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, apabila C berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, B tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".HAHAHAHA!!!!! Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, B kena pakai tudung labuh. C pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, C ditakdirkan bertemu dengan X. Ketika itu C dan B sedang bertadarrus di RFC. X tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, X bertanya, "Have you married?". "No.", jawab B. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya X. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab C. X hanya tersenyum mendengar jawapan itu. X pun memulakan ceritanya.

"AKU NI MUALLAF. ASAL DULU AKU KRISTIAN. TINGGAL KAT SINGAPORE. DULU, AKU SUKA SANGAT MAKAN BABI. KALAU SEHARI TAK MAKAN, PENGSAN AKU. PERNAH SEKALI MAK AKU TERLUPA BELI BABI, AKU MASUK WAD MALAM TU. TETAPI, ALHAMDULILLAH, ALLAH BUKA PINTU HATI AKU UNTUK TERIMA HIDAYAH-NYA. BILA AKU MASUK ISLAM, AKU DAPAT TAHU, DALAM ISLAM TAK BOLEH MAKAN BABI. ADUH, PENING KEPALA AKU. MACAM MANA AKU NAK BUAT NI??? SEMINGGU AKU MASUK HOSPITAL LEPAS MASUK ISLAM. KALAU ZAMAN RASULULLAH DULU ADA PERINGKAT-PERINGKAT DIA. TAPI AKU…MANA ADA. JADI, TIME KAT HOSPITAL TU AKU FIKIR. AKHIRNYA, AKU JUMPA SATU JALAN KELUAR. AKU NAK ISLAMKAN BABI TU. AKU BELI SEEKOR ANAK BABI. DARI KECIK AKU JAGA DIA. SEEKOR LALAT PUN AKU TAK BAGI DEKAT. SETIAP JAM AKU MANDIKAN DIA. LEPAS 3 HARI, AKU BISIKKAN KAT TELINGA DIA DUA KALIMAH SYAHADAH. LEPAS TU, TIAP-TIAP HARI AKU BAGI TAZKIRAH KAT BABI TU. ASAL DIA BERAK AKU VACUUM TERUS.

CAMNILAH KEHIDUPAN AKU DAN BABI TU BUAT 2 TAHUN. LEPAS DUA TAHUN, MASA YANG DITUNGGU-TUNGGU TIBA. MASA UNTUK SEMBELIH BABI NI. TENGOK-TENGOK BABI NI TAKDE LEHER. TAPI, LANTAKLAH. AKU TIBAI JE SEBAB DAH 2 TAHUN TAK MAKAN BABI NI. LEPAS TU, AKU PUN MASAK LA BAKUT TEH. TENGAH-TENGAH MAKAN, NAMPAK SEORANG USTAZ TENGAH JALAN-JALAN. MUKA MACAM LAPAR JE. AKU PUN AJAK LA DIA MAKAN. USTAZ!!! JOM MAKAN. BABI ISLAM NIH. AGAK-AGAK, APA USTAZ TU JAWAB?”

Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...WALAHUALLAM..

p/s : Fikir-fikir la. Matlamat tak menghalalkan cara.

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page