Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Ahad, 1 Februari 2015

[BERITA] Ustaz Kazim Elias & Jackie Chan Dikurniakan Gelaran Datuk

Selfie dulu kita
Sumber : Berita Harian
PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendahului senarai 356 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.

Abdul Gani dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima SUMW ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique.

Selain itu seramai 15 orang dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Othman Mahmood; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Saripuddin Kassim; Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk Malaysia, Datuk Seri Maglin Dennis Dcruz; bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wira Abu Seman Yusop; anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Pengarah Urusan JL99 Holding Sdn. Bhd, Datuk Seri Lee Boon Kiat @ Jeff; Datuk Seri Abdul Aziz Shahar dari DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd; Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza bin Zakaria; Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Presiden Koperasi Ukhwah Malaysia Bhd, Datuk Seri Rahim Baba; Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Sona Petroleum Berhad, Datuk Seri Saw Choo Boon; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Datuk Seri Jebasingam John Rajamoney; Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia, Datuk Seri Kwok Teng Toong dan Pengerusi Eksekutif High Point Technic Sdn Bhd, Datuk Seri Abu Zaki Zakaria.

Sejumlah 71 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk terdiri daripada Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Fahad Abdullah Hamad Al-Rashid; Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah, Datuk Mohammad Kazim Elias; pelakon antarabangsa Hong Kong, Datuk Chan Song Kang @ Jackie Chan; Pengerusi MIC cawangan Taman Kok Lian, Datuk P Gunaseelan; Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan, Datuk Sr Ahmad Fauzi Nordin; Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nor Rizan Mohd Thani; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman; Pengarah Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan, Datuk Dr A Sundaran; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dayang Sadiah Abg Borhan serta Pengarah Kanan Bahagian Kerjasama Ekonomi ASEAN Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk P Ravidran.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Chen Chaw Min; Timbalan Ketua Setiausaha (Industri Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah; Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Datuk Dr Lee Choon Hui; Setiausaha Bahagian (Bahagian Khidmat Pengurusan) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Idris; Pegawai Kemajuan Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Ariffin Imat; Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan, Datuk Mohamed Jusoh; Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Aziz Khalidin; Pakar Fotonik Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Harith Ahmad; Setiausaha Bahagian (Bahagian Perancangan Dasar) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Azizi Ahmad Termizi; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Undang-undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Rohayah Karim; Pengarah Kejuruteraan Awam dan Saliran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Tan Keng Chok; Pensyarah Institut Pengajian China Universiti Tunku Abdul Rahman, Prof. Datuk Dr Lim Chooi Kwa.

Turut menerima PMW Ketua Penolong Pengarah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, Datuk SAC Mohd Khalil Kader Mohd; Aide-de-camp (ADC) kepada Perdana Menteri, Datuk ACP Mohd Yusri Hassan Basri; Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan, Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin; Pengarah Bahagian Penjenamaan Negara Jabatan Perdana Menteri, Datuk Farisha Pawan Teh; Peguambela dan Peguamcara Syarikat Ng & Anuar, Datuk Tan Hiang Joo; Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara, Datuk Chin Kwai Yoong; Ketua Pengawai Eksekutif TV Al-Hijrah, Che Wan Alias Che Wan Abdullah; Anggota Kelab Penyokong Barisan Nasional, Datuk Quay Chin Teik; Anggota MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Oong Boon See; Setiausaha Agung Parti Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF), Datuk T Loganathan; Anggota Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk V Pulainthiran dan Anggota Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah Bahagian Labuan Datuk Peter Mak Chun Vun.

Naib Presiden Parti Gerakan Malaysia, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Saharudin Zainal Abidin; Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak; Datuk Dr Khairul Azmi Mohamad dari Jabatan Penyelidikan dan Latihan, Barisan Nasional; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor Datuk Abu Bakar Ahmad; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Affendi Zahari; Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ainon Mohd dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shokri Shafee juga menerima PMW.

Penerima lain PMW ialah, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dari Ibu pejabat UMNO Malaysia; Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL Corporation, Datuk Zainal Amanshah Zainal Arshad; Pengurus Besar (Jualan) Suez Domain Sdn Bhd, Datuk Ter Leong Hing dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Merry Noel Robert.

Turut menerima PMW adalah Timbalan Pengarah Urusan MKH Bhd, Datuk Chen Fook Wah; Datuk Hazmat Aqbal Mohd Ayub Khan dari DB Integra Sdn. Bhd; Pengarah Urusan K & N Kenanga Holdings Berhad, Datuk Chay Wai Leong; Datuk A Paramasalam dari Persatuan Masyarakat India Harmoni Wawasan Malaysia; Pengasas V M Ravi & Associates, Datuk M Ravindran; Pengarah Selekta Spektra Sdn Bhd, Datuk Ng Kwok Siong; Ketua Pengarah Kumpulan Perdana ParkCity Sdn Bhd, Datuk Joseph Lau dan Datuk V Panneerselvam dari Malaysian Airlines System (MAS).

Pengarah Meridian Solutions Sdn Bhd, Datuk Ooi Teik Huat; Pengarah MR Contractor Sdn Bhd Datuk Alli Hassan @ Elly Yacob; bekas presiden Persatuan Peguam Katolik Kuala Lumpur Datuk Joy Wilson G P Appukuttan dan Pengarah urusan UDA Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar.

Pengasas Bersama Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Datuk Aznam Mansor; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura, Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sunway Medical Centre, Datuk Dr Tan Kim Heung; Ketua Pegawai Eksekutif MAA Group Berhad, Datuk Muhamad Umar Swift; Datuk Lim Mooi Choo dari Persatuan-Persatuan Keturunan Lim Malaysia; Pengarah Kumpulan, Kewangan, Kawalan Kredit dan Undang-Undang Kumpulan Bina Puri Holdings Bhd, Datuk Tan Kwe Hee serta dari Lee Foundation States Of Malaya, Datuk Lee Seng Chuan @ Leei Siong Chuan.

Turut menerima anugerah PMW, Pengurus Kanan (Pembelian) Syarikat Tan Chong & Sons Motor Co, Datuk Yap Kok Wah; Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Yasmin, Datuk Mohamad Nuhairi Tan Sri Rahmat; Pengarah Urusan Syarikat Remajaya Sdn Bhd, Datuk Chua Soon Ping dan Datuk Nik Azman Husain (Avocado Cosmetics Enterprise) serta Datuk Judy Ng Yoke Meng dari ECH Development & Management Sdn Bhd.

Sementara itu seramai 43 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW); manakala 69 orang dianugerah pingat Kesatria Mahkota Wilayah (KMW).

Seramai 60 orang lagi dianugerah pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW) termasuk tiga pengamal media iaitu Ketua Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sarawak, Abdul Aziz Harun; Ketua Biro Utusan Melayu (M) Berhad Putrajaya, Norliza Abdul Rahman dan Ketua Biro The Star Publication Putrajaya, Zuhrin Azam Ahmad; manakala 96 lagi individu menerima pingat pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Istiadat penuh pengurniaan darjah kebesaran akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur, hari ini.
Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak tahun 2008 bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

Selasa, 20 Januari 2015

[BERITA] Perempuan Politikus Melayu : Amar perkenal benda asing


Sumber : Harian Metro

Jiwa seni Amar Asyraf, 29, yang sentiasa membara terutama dalam bidang teater membuatnya terpanggil untuk mendidik anak muda mengenali dan seterusnya meminati seni persembahan itu.

Lantas Amar yang memiliki diploma dalam jurusan teater pengkhususan pengarahan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) berazam untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan.

Sebagai pendedahan awal, Amar mendapat tawaran menjadi pensyarah sambilan mengajar teater di Jabatan Drama Universiti Malaya (UM) selama empat bulan dan dalam jangka masa itu, dia menggunakan setiap ruang yang ada untuk mencurahkan ilmunya kepada pelajar di fakulti berkenaan.

Baru-baru ini, Amar bersama dua lagi penggiat teater, Mardiana Ismail dan Megat Sharizal berganding bahu mengarahkan teater berjudul Perempuan Politikus Melayu berkonsepkan 'site specific theatre' yang dulunya dikenali sebagai 'environmental theatre' di Rumah Kakitangan, UM, Petaling Jaya.

Menjelaskan konsep teater yang agak asing itu, kata Amar, ia diperkenalkan aktivis teater dari Amerika Latin bernama Arthuro Boal itu asalnya dibuat di luar dan sebab itu ia dinamakan 'environmental theatre'.

"Bagaimanapun sekarang pementasan seperti itu ada juga yang dibuat dalam premis perniagaan seperti di kedai buku, dalam pejabat dan rumah. Lantas dengan perubahan itu, ia dinamakan 'site specific theatre'. Teater ini tidak perlu dipentaskan dalam dewan atau panggung khas.

"Kewujudan konsep teater ini sudah lama namun ia tiada dalam silibus pengajian teater di pusat pengajian tinggi. Teater sebegini mendekatkan pelakon dengan penonton kerana orang ramai boleh berlegar-legar di sekitar tempat pementasan dan turut dapat merasai kemeriahan teater itu.

"Ia juga menjimatkan kos sewaan pentas dan sinografi kerana ia boleh dipentaskan di mana saja seperti teater Perempuan Politikus Melayu ini hanya dibuat di sekitar Rumah Kakitangan UM," katanya.

Menurut Amar lagi, teater sepatutnya dikomersialkan dalam kalangan masyarakat sebagaimana di negara maju di mana penduduk di sana sudah menganggap teater sebahagian daripada budaya mereka.

"Sebagaimana peminat filem yang memenuhi pawagam, begitulah panggung teater di luar negara yang sentiasa padat dengan penonton. Sebetulnya teater sudah wujud pada era 70-an dan 80-an yang dulunya dikenali sebagai pentas bangsawan. Generasi baru sekarang ada yang tidak tahu apa itu teater dan ini amat merugikan," katanya.

Dek kerana minat yang mendalam terhadap dunia teater, pada 2012, Amar bersama isterinya, Arna Salleh, menubuhkan grup teater Projek Ronggeng yang aktif mementaskan teater di pusat pengajian tinggi termasuk di UM dan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).

"Sudah 12 teater dipentaskan dan semuanya menggunakan wang saya sendiri. Alhamdulillah, tidak pernah rugi. Setiap kali dipentaskan, penuh dewan. Saya bercita-cita untuk mementaskan teater di Istana Budaya dan sedang mencari naskhah yang hebat," katanya.

Selain itu, Amar bersama rakan-rakannya menubuh satu lagi produksi iaitu Projek Layar yang memfokuskan kepada 'independent film'. Kini mereka sedang menyiapkan filem berjudul Memo Realiti yang mengisahkan satu pembunuhan.

"Filem itu tidak akan ke pawagam sebaliknya kami akan terbitkan dalam bentuk DVD yang berdurasi sejam setengah. Saya mempunyai banyak lagi perancangan lain dan InsyaAllah saya akan berusaha untuk mencapainya sedikit demi sedikit," katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama, Syurga Nur.

Jumaat, 2 Januari 2015

[BERITA] Pementasan Teater Perempuan Politikus Melayu


Sumber : Sinar Harian

PEMENTASAN teater Perempuan Politikus Melayu (PPM) anjuran Jabatan Drama, Pusat Kebudayaan Universiti Malaya (PKUM) berjaya memberi pengalaman baharu kepada penonton yang hadir menyaksikan teater tersebut pada minggu lalu.

Pengarah Artistik PPM, Dr Rosdeen Suboh berkata, mengangkat konsep journey theater sudah pastinya pementasan tersebut memberikan lebih kepuasan kepada mereka.

"Bagi segelintir penonton, journey theater adalah perkara baru dalam seni teater yang dipersembahkan.

"Menerusi PPM misalnya, setiap penonton diberi peluang memilih adegan yang dipentaskan selama 10 minit di tujuh lokasi berbeza," jelasnya mengenai teater yang diadaptasi daripada novel hasil penulisan Faisal Tehrani itu.

Pementasan ini mengambil lokasi di sebuah rumah banglo yang merupakan Rumah Kediaman Universiti (RKU). Menariknya, penonton dapat lebih merasai seperti berada di dalam suasana tersebut kerana jarak penonton dengan pelakon lebih dekat.

Malah di akhir pementasan, terdapat forum di antara penonton dan pelakon di mana penonton boleh menyuarakan pendapat dan juga motif berserta bukti siapa yang terlibat dalam konflik karya ini.

"Teater ini turut menyelitkan 18 adegan yang mempunyai keunikan sendiri. Selain menggunakan lebih 100 tenaga kerja, kami turut mengundang tiga pengarah persembahan dari fakulti ini iaitu Amar Asyraf Zailuddin, Mardiana Ismail dan Megat Shahrizal," katanya.

Mengulas lanjut mengenai naskhah PPM, kata Rosdeen, ia berkisarkan mengenai konflik-konflik di dalam dunia politik.

"Antara konflik yang terdapat di dalam teater ini ialah konflik perampasan tanah, konflik keluarga, pembunuhan dan beberapa konflik lain.

"Saya harap menerusi pementasan tersebut ia berjaya menonjolkan simbol dan mesej tersendiri selain konflik politik universal,” katanya.

"Penonton turut dibawa berkenalan dengan watak Irfan iaitu seorang wartawan yang mahu membongkar skandal ahli politik yang korup dari segi kuasa dan pengaruh memanipulasikan manusia," katanya.

PPM mengisahkan Irfan, seorang wartawan akhbar yang mahu menulis sebuah buku yang berkisar tentang ahli-ahli politik yang korup dari segi kuasa dan manipulasi manusia.

Dia meminta bantuan sahabat baiknya, Chai Yin bagi memujuk Jenny, seorang pelacur kelas atasan para politikus untuk menjadi model dan ilham kepada karyanya.

Konflik tercetus apabila Jenny mati dibunuh dan Chai Yin menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Translate This Page