Bengkel Festival Teater Majlis Kebudayaan
Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2014 telah diadakan pada 11 hingga 15
Ogos 2014 yang lalu. Bengkel ini dianjurkan oleh Seksyen Kesenian & Kreatif
Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Universiti Malaya dengan kerjasama MAKUM.
Bengkel ini diadakan di sekitar Dewan Perdana 1, Gazebo dan sekitar Kompleks
Perdanasiswa Universiti Malaya.
Sebanyak 13 IPTA telah menghantar penyertaan.
Jumlah keseluruhan peserta seramai 36 orang yang terdiri dari UiTM, UUM, USIM,
UPNM, UMK, UTHM, UMT, UPSI, UKM, UMP, UNISZA dan UM. Semasa bengkel ini,
peserta didedahkan dengan Teknik Asas Lakon, Pemilihan Skrip, Olah Tubuh,
Latihan Vokal, Watak & Perwatakan, Psikologi Watak dan pelbagai lagi ilmu
yang berkaitan teater.
Tenaga pengajar yang diundang khas ialah Encik
Ismail Kassan dan Encik Lokman Ghani selain dibantu oleh Encik Mohd Rashid.
Selain itu, bengkel ini turut diuruskan oleh empat orang sekretariat pelajar
yang terdiri daripada tiga orang pelajar Universiti Malaya dan seorang pelajar
praktikal dari UTHM.
Bengkel Festival Teater MAKUM ini ditutup
dengan Majlis Penutup yang dirasmikan oleh TBhg Prof Datuk Dr Rohana Yusof,
Timbalan Naib Canselor HEPA Universiti Malaya. Dalam ucapan perasmiannya,
beliau berharap bengkel ini dapat disemarakkan sebagai satu aktiviti warga kampus agar dapat melahirkan mahasiswa/i
yang celik seni kerana minat dan kecenderungan terhadap kesenian adalah sesuatu
yang naluriah. Sambung beliau lagi, dengan adanya bengkel seperti ini, semua
warga IPT khususnya para peserta dan pihak MAKUM mempunyai kefahaman, tanggapan
dan memberi sambutan positif terhadap kegiatan teater dan drama sebagai satu
kegiatan ilmu dan riadah yang melahirkan budaya dan perdaban bangsa yang bertamadun,
berilmu dan berdaulat.
Disediakan oleh : Muhammad Adli Bin Badrudin
0 analysis:
Catat Ulasan