Katarsis
(Sempena
Ramadhan 1435H)
Mulanya bersih dan suci
Kosong tidak mengenal juga dikenali
Dimasukkan satu isim yang bernama roh
Dihantar ke dunia mengikut ketentuan
Tangisan ketakutan diiringi kegembiraan
Ada juga yang membuangnya
Tanpa dosa melangkah
Menerjah meneroka
Membesar
Kekosongan dan suci bersih mula dicorakkan
Ada yang menjadi cantik dan harum
Tidak kurang pula yang buruk dan busuk
Jalan yang dilalui dipilih sendiri
Lurus dan bengkok
Cerah dan gelap
Setiap pilihan tetap berakhir di satu tempat
Bezanya cuma cepat atau lambat
Dekat atau jauh sahaja
Semuanya bergantung kepada dogma sendiri
Kaya? Berdarjat? Berkuasa?
Hanya tiga yang dibawa bersama
Tiga perkara itu berkekalan jika betul
ajarannya
Doa pewarisnya diidamkan
Amalannya ditagihkan
Sedekahnya diimpikan
Berada di sana adalah pasti
Tidak sama tetapi berbeza
Tiada lagi jalan pulang
Meminta meronta tiada guna
Sudah terlambat untuk kembali
Usia jangan disia-siakan
Perlu sedar dari awal
Kembali ke pangkal jika melencong
Ya Allah
Ampunilah aku
Ampunilah kami
Ampunilah semua
Adli
Shinichi
3:30 petang, 3 Julai 2014, 4 Ramadhan 1435
Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara
Malaysia
0 analysis:
Catat Ulasan