Isnin, 30 Jun 2014

[LATIHAN INDUSTRI] ENTRY #1 - Hari Pertama


30 Jun 2014 bersamaan 2 Ramadhan 1435

Hari ini merupakan hari pertama Latihan Industri. Seperti yang diberitahu, Admin perlu datang ke pejabat sebelum pukul 8 pagi dan akan pulang pada pukul 5 petang.

Perkara pertama yang dilakukan di pejabat memang memeranjatkan Admin dan membuat Admin terkejut. Hal ini kerana perkara perkara pertama tersebut sangat berbeza dengan budaya di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya (PK, UM).

Setiap hari, tepat pukul 8 pagi semua staf akan berkumpul terlebih dahulu untuk melakukan doa pagi. Secara jujurnya Admin memang merasa tenang dengan ritual pagi ini. Dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan 3 Qul. Selepas itu diteruskan dengan bacaan doa.

Selesai sahaja ritual pagi tersebut, Pengarah Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia (PBS, UUM) akan memberitahu maklumat yang perlu disampaikan dan sesi penerangan. Setelah itu pula, diadakan pula sesi round table jika ada apa-apa maklumat dan masalah yang ingin disampaikan oleh semua staf.

Dalam masa yang sama, sesi perkenalan ringkas dilakukan. Pengarah PBS sendiri memperkenalkan semua staf yang berada di PBS. Admin juga turut mengenalkan diri secara ringkas.

Selepas bersurai Admin berjumpa dengan Pengarah PBS untuk taklimat ringkas dan penyerahan fail peribadi. Admin juga diminta untuk mendapatkan tanda tangan semua staf PBS yang secara tidak langsung Admin akan berkenalan dengan mereka.

Admin juga ‘melawat kawasan’ dengan bantuan salah seorang staf di PBS. Beliau menunjukkan tempat-tempat yang terdapat di PBS. Antaranya Bilik Mesyuarat, Studio dan Surau.

Tepat jam 9:30 pagi, diadakan Ceramah Keberkatan Ramadhan sempena awal bulan Ramadhan. Dalam ceramah ini Admin ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis. Ini merupakan tugas yang mudah kerana Admin pernah melakukannya.

Hari ini Admin pulang pada jam 4:50 petang kerana waktu pulang di bulan puasa adalah 4:30 petang.

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page