Jumaat, 16 Mei 2014

[PUISI] C.H.E.K.G.U (Nukilan Khas Sempena Hari Guru 2014)

C.H.E.K.G.U

(Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar CHEKGU)

C.H.E.K.G.U
Cerianya kau datang ke sekolah
Cerita kau sangat berguna
Cekalnya hati kau mengajar aku
Caknanya fikiran aku dengan ilmu kau

C.H.E.K.G.U
Hari ini hari guru
Hari lepas hari guru
Hari esok hari guru
Hari-hari adalah hari guru

C.H.E.K.G.U
Erti ilmu sangat luas
Erti guru juga luas
Erti kehidupan amat luas
Erti pengorbanan kau tiada nilainya

C.H.E.K.G.U
Kau ibarat lilin
Kau ibarat cahaya
Kau ibarat permata
Kau ibarat penawar

C.H.E.K.G.U
Guru atau cikgu
Guru atau pengajar
Guru atau pendidik
Gunanya ilmu kau tiada tara

C.H.E.K.G.U
Untuk aku
Untuk kau
Untuk mereka
Untuk semua

C.H.E.K.G.U

Adli Shinichi
10:33 pagi, 16 Mei 2014
Blok Sri Bakawali, Kolej Kediaman Kesembilan, UM

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page