Selasa, 6 Mei 2014

[PUISI] Bujang Yang Tidak Lapuk

BUJANG YANG TIDAK LAPUK

(Al-Fatihah buat Allahyarham P. Ramlee, Sudin dan Aziz Satar)

29 Mei 1973
Tarikh pertama
4 Jun 2013
Tarikh kedua
6 Mei 2014
Tarikh terakhir

Tidak kering gusi menikmati
Tidak pernah jemu mengulangi
Tidak pernah tidak ketawa mengingati

Ramlee, Sudin dan Ajis
Mereka sekawan
Mereka seperjuangan

Pemergian mereka diratapi keluarga
Pemergian mereka diratapi rakan-rakan
Pemergian mereka diratapi kita semua
Kerana mereka penghibur

Bujang Lapuk yang kita tonton
Bujang Lapuk yang kita lihat
Bujang Lapuk yang kita ingat

Biarpun mereka semua sudah pergi
Biarpun mereka semua sudah hilang dimata kita
Biarpun mereka semua dalam kenangan
Tetapi mereka tidak pernah padam dari hati
Mereka tidak pernah lapuk

Setelah lama mereka berpisah
Semoga mereka bertemu semula
Bertemu di syurga sana

Adli Shinichi
8:20 pm, 6 Mei 2014
Kolej Kediaman Kesembilan, Universiti Malaya.

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page