Sabtu, 8 November 2008

Unsur Diri : Tanah, Air, Api atau Angin?

Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran tentang personality dirimu. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api, dan angin. Jadi, apa kata kamu nilai sendiri keputusannya.
1) Tanah – anak pertama. Kelima & kesembilan
2) Air – anak kedua, keenam & kesepuluh
3) Api – anak ketiga, ketujuh & ke sebelas
4) Angin – anak keempat, kelapan & ke dua belas

TANAHIndividu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun ini bukan bermaksud kamu perlu melakukan perubahan drastik, sebaliknya mulakanlah setiap perubahan itu secara perlahan- lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan kedua- dua keperibadian positif tersebut dan perbaiki lain- lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing- masing.

AIR
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya individu ini memiliki sifat yang agak romantis.

API
Individu yang tergolong dalam kategori api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, individu ini juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang disekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati- hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

ANGINBijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman- teman sekeliling. Tidak hairanlah sekirnya ia sering dikelilingi ramai teman tidak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata- kata mungkin agak membimbangkan sesetengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong dengan sifat angin, individu yang tergolong dari unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih mengusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar- tukar pasangan.

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page