Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Ahad, 18 Disember 2011

Download File Torrent menggunakan Internet Download Manager (IDM)




 
 

Download file torrent memang melambatkan berbanding dengan IDM. Di sini saya akan kongsi sedikit bagaimana caranya untuk kita download file torrent menggunakan IDM.

Ikuti langkah mudah dibawah:

1. Mula-mula, anda perlu memuat turun(download) file torrent (.torrent) yang anda mahu download.

2. Kemudian pergi ke http://www.torcache.net/ dan muat naik (upload) file yang baru saja anda download sebentar tadi dan klik pada butang cache!.

3. Ini akan memberi anda satu file torrent yang baru. Anda hanya perlu copy link file torrent yang baru daripada tetingkap yang dibuka.

4. Kemudian pergi ke http://www.torrific.com/ dan cipta satu akaun disana (jika anda belum mempunyainya) dan login akaun anda. Kemudian paste URL torrent yang baru diperolehi dalam langkah 3 dan klik butang Get.

5. Sekarang anda akan mendapat senarai fail yang ada dalam fail torrent itu. Kemudian klik pada butang initiate bittorrent transmission. Ini akan memberikan pilihan yang penuh untuk download fail tersebut. Hanya klik pada mana-mana link dan anda boleh melihat IDM popping out memuat turun file tersebut.

Sekarang nikmati kelajuan apabila download torrent file juga.

Juga lihat ini How to Download Torrent Files with IDM|Convert torrent files to Direct link

Credit to Wan Muhamad Rosnazli

Klik butang Share jika anda berminat.

Khamis, 15 Disember 2011

Kisah lucu di Superior Lane, Jitra Mall, Jitra, Kedah Darul Aman



 
 

Hari ini merupakan hari terakhir STPM 2011. Tapi aku habis sejak pukul 4 petang kelmarin lagi. "Kisah lucu di Superior Lane, Jitra Mall, Jitra, Kedah Darul Aman"... Tajuk macam best kan? Tapi kat sini saya nak kongsi satu cerita.

Pada suatu petang, 15 Disember 2011, lebih kurang pukul 5.30 petang. Saya dan beberapa orang rakan pergi ke Superior Lane. Kat mana? Kat Jitra Mall. Kami pi main bowling kat sana. Harga RM4.50 + kasut RM1.50 = RM6... Tapi dah ada kad metrik, guna je la... Dapat la murah cikit. +- = RM5...

Lane 4 = Aku, Hanif dan Danial
Lane 3 = Fauzan, Faizal dan Faiz. Geng 3F la pulak.

Aku dengan semangatnya pergi la mulakan game untuk lane 4... Tiba-tiba, angin tak ada, ribut tak ada.. Aku boleh tergelincir atas lane tu... Bengkak lutup aku dibuatnya. Dah la first person play... Dah buat lawak.. Malu tu ada la juga. Nasib baik orang tak ramai... Dah jatuh tu, bola bowling ke mana pin pon ke mana.. Sakit Ddooo... Kena pulak kalau gegurl yang aku kenal ada sebelah tu... lagi malu... tp nasib baek gegurl yg lane sebelah tu mai selepas aku dah bangun dah... Kalau tak, aku balik terus la... Gegurl yang duk kat lane sebelah tu pulak classmate aku dulu... Sakit boleh, malu pon boleh...

Ha... tu je la... yang aku nak cite malam nie... Awasilah keselamatan anda ketika membaling bola bowling agar anda dapat strike... Mesti tak lawak kan? Kan?

Rabu, 14 Disember 2011

Sultan Kedah diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14



 
 

Selamat Pagi Semua... Apa khabar hari ini? Harapnya baik dan sihat ya.. Hari ini hamba nak berkongsi satu cerita besar yang kelmarin merupakan hari yang bersejarah buat rakyat Negeri hamba. Negeri hamba? Hamba berasal dari Negeri Kedah Darul Aman. Apa yang hebatnya kelmarin? Ha.. Pasti ramai yang tahu kelmarin merupakan kali kedua Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menaiki tahkta sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Pertama kali baginda naik tahkta ialah pada zaman Perdana Menteri yang kedua iaitu Tun Abdul Razak. Kali kedua baginda naik tahkta ialah zaman Perdana Menteri yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Razak. Apa kaitan dua insan ni? Perasan tak pertama kali naik tahkta pada zaman bapa, kali kedua pada zaman anak.. Hebat.. Moga berpanjangan usia di atas tahkta..

Satu perkara lagi yang paling aku bangga ialah tarikh 13 Disember. Tarikh inilah tarikh dimana abah aku mula bekerja iaitu pada 13 Disember 1982. Kiranya tarikh inilah tarikh ulangtahun pekerjaan abah aku.

Sapa yang pi hantar Tuanku kelmarin pasti dapat makan nasi bungkus berlaukan KFC.

Mari kita membaca beberapa artikel mengenai peristiwa ini di beberapa pautan di bawah
 p/s : Saya bangga jadi rakyat Malaysia, Saya bangga jadi anak jati Kedah.

Translate This Page