Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Isnin, 9 Januari 2012

Part Time di PC Fair Jitra Mall 2012


 
Aku selalu baca blog teman-teman yang sudah bekerja. Ramai yang tulis pengalaman bekerja mereka. Jadi pada kali ini. Aku juga mahu menulis tentang kerja yang aku buat. Kenapa tajuk dia part time bukan full time. Sebabnya, aku ada kerja full time yang sangat hebat. Anda boleh tahu dengan membaca catatan saya yang lepas. Sekarang, saya mahu cerita tentang part time job saya.

Pada 25 Disember 2011 aku pergi la minta kerja dengan sebuah syarikat komputer tempatan di Jitra, Kedah iaitu RnK Jaya Trading. Selepas interview, aku memang dapat. Interview yang paling mudah yang aku jumpa. Tak sampai 15 minit pun. Biasa la, interview part time, bukannya full time.

4 Januari 2012, aku mula bekerja. Dari pukul 10 pagi hingga 11 malam. Tapi tak sampai pukul 11 malam pun. Aku minta agar dapat jaga bahagian install window ke ape ke yang berkaitan dengan laptop ni, tapi apakan daya aku ditempatkan dengan CCTV. Aku kata, tak ape la. Yang perting berkat. Mungkin Allah dah aturkan sesuatu. Dari 5 hingga 8 Januari 2012, aku kerja bahagian CCTV.

Malaslah aku cerita lebih. Yang penting makan sehari dua kali boss belanja. Jimat dah duit rehat. Ok la tu. Hari ini (8 Januari 2012) adalah hari yang meletihkan. Habis fair kena la kemas barang balik. Hampir pukul 1 pagi juga la siap. Penat hilang ketika boss belanja makan. Macam-macam ragam orang aku jumpa. Dari exhibitor hingga la ke orang ramai.

Aku nak cite pun dah tak larat. Esok ada lagi interview kerja dan esok last day kerja dengan RnK Jaya Trading (mungkin la). Aku malas nak minta sambung dengan RnK Jaya Trading sebab, siapa la aku ini kan.
 
Nak pesan sikit kat sini sebab ada la dua tiga orang teman aku yang luka. Jadi pesanannya ialah letakkan air luir ke tempat yang luka.

Mmm... Cukup la dulu sampai di sini. Kita sambung lagi ya nanti...

p/s : letih + penat + gembira + kenyang + tenang + pengalaman baru

Selasa, 3 Januari 2012

Kita hanya merancangan Allah yang menentukan


 
Malam ni aq nak cerita cikit kat semua. Hari adalah hari yang malang dan tension dalam hidup aku. Nak tahu sebab apa? Baca kat bawah
 
Semalam dah rancang nak pergi buat part time kat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis sebab tak cukup orang. Maka kunci la jam dan suruh mak gerak pada pukul 5 pg nak pergi kerja. Tapi bila bangun tidor nak pergi kerja, kawan sms kata orang dah cukup.

Mmm.. Tak apalah, tak ada rezeki agaknya. Buat la plan lain. Call la rakan-rakan niaga nak set meeting. Sorang pon tak angkat. Mungkin depa sibuk kot. Tak apalah. Tunggu dua tiga jam lagi, mungkin mereka free kot. Call lagi, dan lagi dan lagi... Langsung tak angkat juga. Sibuk lagi agaknya. SMS la pulak. Langsung tak balas. Mungkin habis kredit kot. Tapi kalau habis kredit kenapa call pon tak angkat.

Argh!!! Tak pe la. Mungkin enset mereka hilang kot. Nak duk relax tak reti. Jadi call la kawan yang lain ajak keluar lepak atau minum-minum. Alhamdulillah, ada la seorang. Tapi, malang lagi. Hampir je masa yang disetkan, dia pulak ada keje.

Mmm... Nasib la nasib... Still tak boleh duk saja, ajak kawan-kawan yang lain pulak. Ramai yang tak jawab time aku contact. Yang jawab pon yang tengah kerja, dan yang duk jauh.

Apalah yang jadi pada hari ini?! Apa yang dirancang semuanya hancur. Tak apalah, aku dengan minda positif anggap ini semua rempah ratus kejayaan, walaupun dah down sikit. Aku mahu berjaya, tapi takkan aku nak berjaya sorang-sorang... Aku nak kita berjaya sama-sama. Tolonglah diri kita wahai rakan-rakan.

p/s : Kalau tak mahu cukuplah memberi satu alasan!!!

Karangan Aku Semasa Tingkatan 5 (2009)


 
Kali ni saya nak tunjukkan karangan saya masa saya tingkatan 5 pada tahun 2009. Karangan pertama saya yang hanya ditanda betul tanpa ada salah. Karangan ni masa ujian 3 kalau tak silap saya. Tajuk yang saya beri ialah 'Kemerdekaan'. Boleh la baca kat bawah. Dengan karangan inilah saya mula berkarya dalam bidang cerpen. Nanti saya akan update lagi cerpen yang saya buat.
 “Masih ingatkah kamu akan zaman sebelum merdeka dahulu?” tanya Tok Ki yang berumur 90 tahun kepada isterinya, ”Ya, aku masih ingat dan tak akan aku lupa setiap detik itu,” balas isterinya, Saleha dengan matanya yang merenung ke arah sawah yang terbentang luas. 
“Dulu begitu susah untuk mendapatkan makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya, kita terpaksa bermandi dengan darah, orang Inggeris datang, Jepun datang, mereka semua penjajah yang ingin menawan Tanah Melayu yang kita tinggal sekarang. Kita tidak mempunyai apa-apa dan hanya mampu bersembunyi. Tetapi itu semua tidak wujud dalam diri kita, kita cuba melawan balik walaupun tidak ramai yang hidup dan selamat,” kata Tok Ki. 
“Pada waktu itu juga kita tidak dapat makan dengan selesa, tinggal dengan selesa dan hidup dengan selesa. Letupan berlaku di sana sini, tembakan juga begitu, berlaku di sana sini. Kita hanya makan ubi kayu saja. Itu pun sudah mencukupi bagi kita untuk terus hidup. Waktu Jepun datang dulu, radio pun tidak boleh dengar, jika mahu dengar berita kita terpaksa dengar secara sembunyi-sembunyi. Kita terpaksa tunduk dengan arahan mereka,” balas Saleha. 
“Tapi, kini anak-anak kita tidak lagi begitu. Mereka hidup di zaman Michael Jackson sudah putih wajahnya. Mereka tidak tahu apa itu katrij, yang mereka tahu, Play Station, VCD/DVD Player dan sebagainya. Mereka tidak kenal siapa Mat Salleh, siapa Rentap, siapa Datuk Onn dan mereka tidak kenal siapa pejuang negara dahulu kalau tidak diajar di sekolah. Mereka kenal Batman, Spiderman, Superman dan super hero yang seumpamanya,” kata Tok Ki. 
“Dulu kita hanya jalan kaki melalui jalan tanah merah yang berlopak sana sini untuk ke sekolah. Tapi Ki, mereka sekarang ke sekolah dengan van,bas dan sebagainya yang datang ambil di depan rumah dan menghantar kembali di depan rumah,” ujar Saleha. 
“Kita dulu baju sekolah sehelai saja, kita pakai sampai hilang warnanya. Tapi mereka setahun sekali tukar baju baru,” balas Tok Ki. Tok Ki meminta Saleha buatkannya kopi kerana kering tekaknya bercakap. Saleha pun bangun menuju ke dapur untuk buatkan kopi unyuk Tok Ki. 
Tok Ki merenung jauh ke sawah yang terbentang luas di hadapan rumahnya yang usang sambil teringat akan zaman sebelum merdeka. Dia dan kawannya, Leftenan Adnan bersama-sama memerangi komunis demi mempertahankan negara. Mereka berjuang habis-habisan dengan penjajah komunis yang datang untuk merampas Tanah Melayu. Suatu hari Tok Ki menerima suatu khabar kawan karibnya, Adnan telah mati ditembak komunis. Tok Ki amat marah lalu mengumpul orangnya bersiap sedia untuk memerangi habis-habisan dengan komunis. Mereka telah berjaya membunuh tiga perempat dan menawan selebihnya komunis itu. 
Dia tersenyum mengenangkan peristiwa itu. Lamunannya tersentak kerana kopi yang dimintanya tadi sudah sampai. 
“Jauh termenung nampak,” tegur Saleha. “Aku terkenangkan masa aku bertugas dengan Adnan dulu,” balas Tok Ki lalu menyambung, “… tapi, Alhamdulillah kerana Tunku Abdul Rahman telah berjaya berunding tentang kemerdekaan Tanah Melayu yang kita tinggal sekarang ini dan berjaya mendapatkan kemerdekaan itu sewaktu berunding di London. 
“Tanggal 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka! telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman dan diikuti oleh rakyat jelata,” kata Tok Ki. 
“Tanah Melayu ditukarkan kepada Malaysia pada tahun 1963, dan pada waktu itu jugalah kita mulai senang,” sambung Saleha. 
“Erk, Alhamdulillah, sedap kopi ni,” puji Tok Ki kepada Saleha. 
“Sekarang sudah hampir 51 tahun negara kita bebas daripada penjajah. Kita perlu bersyukur dengan kebebasan ini, dan sentiasa berwaspada serta beringat-ingat kerana mereka yang dahulunya menjajah kita tak akan membiarkan kita terus bebas,” sambung Tok Ki. 
“Sekarang ini pun anak-anak Melayu sudah dijajah melalui media-media elektronik seperti televisyen, komputer dan sebagainya. Mereka percaya Incredible Hulk, Power Rangers, dan seumpamanya,” sambung Saleha pula. 
Hari semakin gelap, mereka pun masuk ke dalam rumah untuk bersiap sedia ke masjid untuk solat Magrib.
 p/s : Cikgu aq ingt aq tiru karangan ni... 

Translate This Page