Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Sabtu, 19 November 2011

Tolong Doakan Aku...

Salam kepada semua pengunjung blog ini. Beberapa hari lagi saya akan pergi berperang PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA iaitu pada 21 November 2011 hari Isnin yang akan menjelang. Oleh itu, saya ingin menyusun sepuluh jari ini memohon maaf andai terlajak kata, tersilap tulis, terlanjur perbuatan dan segala kesilapan yang saya lakukan kepada anda semua tidak kira sama ada anda mengenali diri ini mahupun tidak. Target saya ialah mendapat 4 flat STPM 2011 dalam SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) tahun ini.

Saya mohon tolong doakan saya agar saya dapat berperang menjawab semua soalan yang diajukan dengan tenang dan betul. Doakan juga agar saya mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang diinginkan.

Di sini saya sertakan JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS STPM 2011 supaya memudahkan anda mengetahui apa subjek yang saya ambil dan akan duduki.

TARIKH
WAKTU
KOD
KERTAS
21 November
(Isnin)
8:00 pg - 11:00 pg
900/2
Pengajian Am 2 (Esei)
23 November
(Rabu)
2:00 ptg - 5:00 ptg
910/2
Bahasa Malaysia 2 (Esei)
24 November
(Khamis)
8:00 pg - 11:00 pg
940/1
Sejarah 1 (Tamadun Dunia hingga Tahun 1800)
2:00 ptg - 5:00 ptg
944/1
Ekonomi 1 (Mikroekonomi)
29 November
(Selasa)
8:00 pg - 11:00 pg
944/2
Ekonomi 2 (Makroekonomi)
5 Disember
(Isnin)
2:00 ptg - 5:00 ptg
940/2
Sejarah 2 (Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800 - 1963)
7 Disember
(Rabu)
8:00 pg - 11:00 pg
970/2
Seni Visual 2 (Lukisan)
13 Disember
(Selasa)
8:00 pg - 11:00 pg
970/1
Seni Visual 1 (Teori Seni Visual)
2:00 ptg - 4:00 ptg
900/1
Pengajian Am 1 (Aneka Pilihan)
14 Disember
(Rabu)
2:00 ptg – 4:00 ptg
910/1
Bahasa Malaysia 1 (Aneka Pilihan)



p/s :  Semoga kita berjaya dalam hidup di dunia ini dan akhirat sana. Amin.

Jumaat, 18 November 2011

FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK (FKK) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2011

Kelmarin, 17 November 2011. Saya ada mengikuti satu program di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah. Program itu ialah FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK (FKK) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2011. "SERLAHKAN BAKAT ANAK SENI"

Program itu anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah dengan kerjasama Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Pelbagai jenis persembahan kebudayaan dan kesenian diketengahkan. Antaranya ialah tarian, muzik pergendangan, muzik violin, teater dan syair.

Saya sempat merakam beberapa video, tetapi hanya menggunakan telefon bimbit. Jadi kualitinya kurang.

Selasa, 15 November 2011

Bertebarnya Gambar Lucah di Facebook

Salam semua. Hari ni kita digemparkan lagi dengan satu isu iaitu pengguna Facebook dapat melihat beberapa gambar lucah di wall home facebook mereka. Oleh itu berhati-hatilah ketika bergambar. Saya tak mahu memberi pendapat atau pandangan di sini kerana ianya sangat mengejutkan. Oleh itu, sesiapa yang ingin memberi pendapat, silalah tinggalkan komen anda di ruangan komen.

PERHATIAN!!!! SANGAT PENTING UTK SEMUA...
Para hackers telah masuk ke dalam FACEBOOK & mereka meletakkan video lucah atas nama anda kedalam wall atau profile kawan anda tanpa anda mengetahui..anda tidak dpt melihatnya,tetapi org lain boleh,ia seakan-akan kita yg membuat video itu...jadi sekiranya anda menerima sesuatu dari pada saya,BUKAN saya yg membuatnya....*copy this in your wall..sekian terima kasih..
"

BEWARE : HACKERS HAVE ENTERED FACEBOOK...THEY ARE PUTTING PORNOGRAPHIC VIDEOS/IMAGES...IN YOUR NAME...ON THE WALLS OF YOUR FRIENDS...WITHOUT YOUR KNOWLEDGE...YOU CAN'T SEE IT...BUT YOUR FRIENDS CAN...AS IF THESE WERE POSTINGS...THAT YOU MADE...SO IF YOU DO RECEIVE SUCH POSTINGS...FROM ME...IT'S NOT MY DOINGS!!!...copy this and paste on your wall...it is for the security of...YOUR OWN IMAGE!!!

Translate This Page