Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Rabu, 14 Ogos 2024

SIARAN MEDIA: Teater Kanak-Kanak “OYEN” karya dan arahan Roydy Rokidy


 
 

Teater Kanak-Kanak “OYEN” karya dan arahan Roydy Rokidy

 


Bila kita sebut saja berkenaan kucing OYEN, pasti ramai yang akan tercuit hati justeru terus  terbayangkan keletahnya. Kucing berwarna oren ini lebih mesra dengan panggilan OYEN bersama kucing-kucing lain umumnya merupakan haiwan belaan yang amat dekat dengan anak-anak kecil dan tidak hanya selaku peneman di ruang kediaman, tetapi termasuk juga turut memberikan kesembuhan rohani kepada pemiliknya. Inspirasi daripada si OYEN yang amat terkenal ini penulis dan pengarah Teater Kanak-kanak (TKK) OYEN, Roydy Rokidy menggunakan pendekatan ini untuk membawakan  sebuah pementasan teater kanak-kanak yang bukan sahaja menjadi hiburan tetapi juga turut menyelitkan kisah tauladan dan pengajaran dengan cara yang lebih mudah untuk difahami anak-anak kecil terutamanya.

Pihak produksi, Rockin Rhino sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Kementerian Kebudayaan, Seni dan Pelancongan Malaysia atas Geran Sokongan Sektor Kebudayaan yang diberikan untuk merialisasikan pementasan ini. Terima kasih juga kepada Dewan Bahasa dan Pustaka selaku rakan kerjasama yang memberikan sokongan padu kepada pihak produksi dengan menyediakan kemudahan tempat dari seawal latihan sehingga ke akhir pementasan. Sokongan daripada tiga-tiga agensi ini merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang sangat besar kepada produksi Rockin Rhino.

 

Menzahirkan pementasan ini bukanlah usaha yang mudah tetapi ianya sedikit sebanyak turut dipermudahkan dengan penglibatan setiap ahli produksi yang begitu komited sepanjang tempoh produksi ini berlangsung. Seramai 9 Orang pelakon telah menjalani latihan sejak awal Julai 2024. Mereka terdiri daripada Achuzul Wahab, yang membuat kemunculan semula selepas 9 tahun tidak beraksi di atas pentas, dan turut dibantu pelakon-pelakon professional, Rafiq Rahman, Adli Shinichi, Khal Isyaf dan Rhiss Amirrul. Pementasan ini juga  turut menampilkan bakat-bakat muda yang semakin menyinari dunia seni tanah air, Arissa Azlan, Echot Ezmi, Lys Motijol dan tidak dilupakan juga pelakon cilik 5 tahun yang membuat kemunculan pentas pertamanya, Seroja Roydy.

Pendedahan dan pembelajaran awal kanak-kanak adalah suatu perkara yang amat penting untuk menggalakkan pembesaran yang memberangsangkan. TKK Oyen ini merupakan satu medium pembelajaran dalam hiburan.  TKK OYEN juga merupakan sebuah teater yang bersifat interaktif di mana kanak-kanak akan turut serta untuk menjadi sebahagian daripada pementasan ini dalam masa yang sama dapat membuka ruang dan peluang mereka mengasah minda dan belajar secara terus melalui pengembaraan kisah si OYEN dan rakan-rakan. 

 

Kesempatan ini merupakan satu peluang yang tidak akan selalu diperolehi. Produksi ini menggunakan ruang yang disediakan melalui pementasan ini dengan berkongsi makna, tauladan dan hiburan dalam satu penceritaan.

 

Tiket boleh didapati dengan harga RM15.00 (kanak-kanak bawah 12tahun) dan RM20.00 (untuk mereka yang berusia 13 tahun dan keatas) melalui link pautan berikut: https://forms.gle/3RxR64WqAj8Eaqyy5 atau boleh sahaja hubungi pengurus produksi di talian +60147238006 (Rahimee). Bagi mereka yang tidak sempat untuk membuat tempahan atas talian, perlulah hubungi Pengurus Produksi, Rahimee terlebih dahulu untuk mengetahui ketersediaan tiket pementasan.

 

Disediakan oleh:

Azizul Rahimee, Pengurus Produksi Teater Kanak-kanak OYEN.

 

Pertanyaan Media: Azizul Rahimee / azizul.rahimee@gmail.com

Rabu, 11 Januari 2023

All IT Kini Sudah Mempunyai Referral Program

 
 
Jika anda merupakan pelanggan All IT, maka tidaka asing lagi dengan jenama ini. Namun, mungkin anda masih belum mendaftar sebagai ahli. Sebagai ahli, anda mempunyai pelbagai tawaran & kelebihan.
 

Jom Sertai ALL IT Rewards Member Referral Program! Anda akan mendapat ganjaran! 

Apa yang anda perlu lakukan ialah menunjukkan Kod Rujukan "SIPET9" kepada juruwang dan sertai ahli (RM12 setahun) di mana-mana ALL IT Outlet. 
 
Anda akan mendapat Sandisk 32GB CruzerBlade Flash Drive PERCUMA bernilai RM22 apabila mendaftar! 
 
Dan saya akan mendapat 300 mata untuk setiap rujukan yang berjaya juga.
 
Cepat, Sertai kami dan dapatkan Ganjaran!
 

Khamis, 1 Disember 2022

Bisikan Kerajaan Langit


 
 
Bisikan Kerajaan Langit
 

Sara, seorang wartawan bermula menyiasat suatu insiden yang pelik apabila influencer, Ryan Durden menyiarkan pencerobohan haramnya di perkarangan Kerajaan Langit yang sudah lama ditinggalkan. Ryan menemui pita kaset dengan rakaman luar biasa di dalam tiga rumah anak patung kayu. Siapa yang merakam kaset itu dan apa matlamatnya?

Dalam penyiasatannya, Sara disertai oleh pelbagai pihak termasuk Salmah seorang penghuni perkampungan Kerajaan Langit dan Inspektor Yusuf, seorang pegawai polis dengan cita-cita yang besar. Semakin mendalam Sara menyiasat kes ini, semakin dia meletakkan dirinya dalam bahaya dari sasaran yang dia tidak dapat bayangkan

Bisikan Kerajaan Langit adalah hasil fiksyen yang sedikit sebanyak diolah daripada peristiwa bersejarah.

Source : Media Prima Audio - BKL Interview

Follow dan subscribe podcast ini untuk terus mendengarkan episod akan datang

Produced by ZAG Studios
Director: V.G. Ravyn Manogaran
Writer: Aina Izzah
Sara: Aween Ismail
Ryan: Imran Aqil
Salmah: Mawar Roseka
Inspector Yusof: Adli Shinichi
Sound Design: Kael
Script Consultant: Deli Saha
Media Prima team: Aishah Hayatuddin, Prakesh Swaminathan, Adam Sulaiman, Nur Farhanah Karmila

Dengarkan siri audio seram daripada Audio+ & ZAG yang pertama di Malaysia di AUDIO+ sekarang!

PROMO CATCH-UP

  1. Buletin FM : Santai Siang Bersama Marsila Hassan (1 Disember 2022)
  2. Molek FM : Molek Malam Bersama Kai Hassan (1 Disember 2022)
  3. Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 (8 Disember 2022)
  4. Wanita Hari Ini (WHI) TV3 (8 Disember 2022)
  5. Hot FM : Hot Flix Bersama Imran Aqil (15 Disember 2022)

HEBAHAN

  1. New Straits Times : #Showbiz: Media Prima's new horror audio series 'Bisikan Kerajaan Langit' now on Audio+
  2. the Vibes : Malaysian horror stories brought to life through audio
  3. Media Prima Audio : Bisikan Kerajaan Langit, Drama Podcast Dengan Audio Yang Lebih Berkualiti 
  4. Oh Bulan! : Media Prima Audio & ZAG Hasil Podcast Siri Seram Pertama Di Malaysia ‘Bisikan Kerajaan Langit’
  5. SAYS : Media Prima Audio & ZAG Berkolaborasi Hasilkan Audio Siri Seram 'Bisikan Kerajaan Langit'
  6. Sirap Limau : Media Prima Kolaborasi Bersama ZAG, Hasilkan Podcast Siri Seram ‘Bisikan Kerajaan Langit’


#audioplus #myaudioplus #zagpodcast #bisikankerajaanlangit #podcast #fiction #mystery #horror #kerajaanlangit #ajaransesat

Sabtu, 1 Mei 2021

Maghfirah & Co | Yayasan Maghfirah Mini Series


 
 
Jom ramai-ramai kita layan Mini Series Maghfirah & Co eksklusif di saluran Facebook dan YouTube @yayasanmaghfirah

Mengisahkan sekumpulan pekerja yang bekerja di sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang Boss bernama Tuan Rahmat. Pekerja terpaksa berdepan pelbagai ragam termasuklah majikan mereka Boss Rahmat yang sering membuat keputusan di luar jangkaan. Selain itu, kerenah pekerja-pekerja juga memeningkan kepala Tuan Rahmat. Setiap peristiwa yang berlaku diakhiri dengan satu pengajaran yang berguna untuk para pekerja.

TAJUK

PAUTAN

UNDANGAN / PENAMPILAN

TARIKH TAYANGAN

IKHLAS

EPISOD 01

SAIFUL APEK

20 APRIL 2021

RAMADAN & SABAR

EPISOD 02

SAIFUL APEK

22 APRIL 2021

BERSANGKA BAIK

EPISOD 03

SAIFUL APEK

22 APRIL 2021

HARGAI SEBUAH PERKENALAN

EPISOD 04

SAIFUL APEK

26 APRIL 2021

QIAMULLAIL

EPISOD 05

-

27 APRIL 2021

NGAJI

EPISOD 06

-

28 APRIL 2021

NASIHAT MENASIHATI

EPISOD 07

SARAH SUHAIRI

2 MEI 2021

DATANG PEJABAT

EPISOD 08

-

5 MEI 2021

HARI JADI BOSS

EPISOD 09

-

11 MEI 2021

BANGGA DIRI

EPISOD 10

JOHAN AS'ARI

10 MEI 2021

TAK BALIK RAYA

EPISOD 11

JOHAN AS'ARI

12 MEI 2021

RAIKAN TETAMU

EPISOD 12

-

16 MEI 2021

MOTIVASI

EPISOD 13

BELL NGASRI

24 MEI 2021

POSITIF DALAM KERJA

EPISOD 14

BELL NGASRI

29 MEI 2021

TETAMU TAK DIUNDANG

EPISOD 15

-

2 JUN 2021

AMBIL TAHU

EPISOD 16

SARAH SUHAIRI

3 JUN 2021

JANGAN MELAMPAUI BATAS

EPISOD 17

SARAH SUHAIRI

8 JUN 2021

IKHTILAT DI TEMPAT KERJA

EPISOD 18

-

16JUN 2021

AMANAH

EPISOD 19

-

1 JULAI 2021

IHSAN & INTEGRITI

EPISOD 20

-

TBA

PELAKON
Aim Zackry ( @aim.zackry ) sebagai Boss
Luqman Afifi ( @luqman.afifi ) sebagai Ustaz
Adli Shinichi ( @adlishinichi ) sebagai Epul
Farhan Kamal ( @mohdfarhankamal ) sebagai Mikail Rider
Shasha Masella ( @shashamasella ) sebagai Fatihah
Amir Ameezan ( @amirameezan ) sebagai Manap

PENAMPILAN ISTIMEWA
Saiful Apek ( @saifulapek ) sebagai Armayya
Sarah Suhairi ( @sarahsuhairi ) sebagai Bunga
Johan As'ari ( @johanarrif_asari ) sebagai Joe DIY
Bell Ngasri ( @bellngasriofficial ) sebagai Dr Manap

TURUT MENAMPILKAN
Afiq Ali ( @afiq_azharali ) sebagai Afiq Choi
Rashid Shikh Abdullah ( @shikhrashid666 ) sebagai Intern & Detektif
Wafiqi ( @wafiqi_ ) sebagai Scammer
SEBALIK TABIR
Penerbit : Rashid Shikh Abdullah ( @shikhrashid666 )
Skrip : Azrie Izham Hamzah ( @azrieizham )
Pengarah : Shaurinz ( @shaurinz )
Penolong Pengarah : Shahrul Hafizi ( @shahrulhafizi_mn2 )
Jurukamera : Hifzhan Asmad ( @hifzhan.asmad )
Penyunting : Luqman Afifi ( @luqman.afifi )
Operator Bunyi : Imad Lutfi ( @imadlutfi )
Set & Prop : Afiq Ali ( @afiq_azharali )
Set & Prop : Hamdan ( @vangggg )
Set & Prop : Wafiqi ( @wafiqi_ )
Jurukamera : Zikri Iman ( @zikri.zainudin )
Pencahayaan : Yasran Aiman ( @yasranaiman )

Produksi : Digital Lala dengan kerjasama Yayasan Maghfirah ( @yayasanmaghfirah )

#MaghfirahDanCo
#MaghfirahAndCo
#KamiSayangBoss
#YayasanMaghfirah

Translate This Page