Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Rabu, 14 Ogos 2024

SIARAN MEDIA: Teater Kanak-Kanak “OYEN” karya dan arahan Roydy Rokidy


 
 

Teater Kanak-Kanak “OYEN” karya dan arahan Roydy Rokidy

 


Bila kita sebut saja berkenaan kucing OYEN, pasti ramai yang akan tercuit hati justeru terus  terbayangkan keletahnya. Kucing berwarna oren ini lebih mesra dengan panggilan OYEN bersama kucing-kucing lain umumnya merupakan haiwan belaan yang amat dekat dengan anak-anak kecil dan tidak hanya selaku peneman di ruang kediaman, tetapi termasuk juga turut memberikan kesembuhan rohani kepada pemiliknya. Inspirasi daripada si OYEN yang amat terkenal ini penulis dan pengarah Teater Kanak-kanak (TKK) OYEN, Roydy Rokidy menggunakan pendekatan ini untuk membawakan  sebuah pementasan teater kanak-kanak yang bukan sahaja menjadi hiburan tetapi juga turut menyelitkan kisah tauladan dan pengajaran dengan cara yang lebih mudah untuk difahami anak-anak kecil terutamanya.

Pihak produksi, Rockin Rhino sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Kementerian Kebudayaan, Seni dan Pelancongan Malaysia atas Geran Sokongan Sektor Kebudayaan yang diberikan untuk merialisasikan pementasan ini. Terima kasih juga kepada Dewan Bahasa dan Pustaka selaku rakan kerjasama yang memberikan sokongan padu kepada pihak produksi dengan menyediakan kemudahan tempat dari seawal latihan sehingga ke akhir pementasan. Sokongan daripada tiga-tiga agensi ini merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang sangat besar kepada produksi Rockin Rhino.

 

Menzahirkan pementasan ini bukanlah usaha yang mudah tetapi ianya sedikit sebanyak turut dipermudahkan dengan penglibatan setiap ahli produksi yang begitu komited sepanjang tempoh produksi ini berlangsung. Seramai 9 Orang pelakon telah menjalani latihan sejak awal Julai 2024. Mereka terdiri daripada Achuzul Wahab, yang membuat kemunculan semula selepas 9 tahun tidak beraksi di atas pentas, dan turut dibantu pelakon-pelakon professional, Rafiq Rahman, Adli Shinichi, Khal Isyaf dan Rhiss Amirrul. Pementasan ini juga  turut menampilkan bakat-bakat muda yang semakin menyinari dunia seni tanah air, Arissa Azlan, Echot Ezmi, Lys Motijol dan tidak dilupakan juga pelakon cilik 5 tahun yang membuat kemunculan pentas pertamanya, Seroja Roydy.

Pendedahan dan pembelajaran awal kanak-kanak adalah suatu perkara yang amat penting untuk menggalakkan pembesaran yang memberangsangkan. TKK Oyen ini merupakan satu medium pembelajaran dalam hiburan.  TKK OYEN juga merupakan sebuah teater yang bersifat interaktif di mana kanak-kanak akan turut serta untuk menjadi sebahagian daripada pementasan ini dalam masa yang sama dapat membuka ruang dan peluang mereka mengasah minda dan belajar secara terus melalui pengembaraan kisah si OYEN dan rakan-rakan. 

 

Kesempatan ini merupakan satu peluang yang tidak akan selalu diperolehi. Produksi ini menggunakan ruang yang disediakan melalui pementasan ini dengan berkongsi makna, tauladan dan hiburan dalam satu penceritaan.

 

Tiket boleh didapati dengan harga RM15.00 (kanak-kanak bawah 12tahun) dan RM20.00 (untuk mereka yang berusia 13 tahun dan keatas) melalui link pautan berikut: https://forms.gle/3RxR64WqAj8Eaqyy5 atau boleh sahaja hubungi pengurus produksi di talian +60147238006 (Rahimee). Bagi mereka yang tidak sempat untuk membuat tempahan atas talian, perlulah hubungi Pengurus Produksi, Rahimee terlebih dahulu untuk mengetahui ketersediaan tiket pementasan.

 

Disediakan oleh:

Azizul Rahimee, Pengurus Produksi Teater Kanak-kanak OYEN.

 

Pertanyaan Media: Azizul Rahimee / azizul.rahimee@gmail.com

Translate This Page