Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Isnin, 11 Januari 2016

[CORETAN] Saat Talkin Dibacakan


Sebelum coretan ini bermula, marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya.

Baru-baru ini, aku baru saja kehilangan seorang sahabat. Berita pemergiannya aku dapat dalam pukul 7 pagi. Terima saja berita tersebut dan dan rakan aku terus ke PPUM untuk melawat dan mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Kami yang mengenali arwah susah untuk percaya dengan berita ini. Selesai urusan di PPUM, jenazah terus dibawa ke Ipoh untuk disemadikan.

Seperti biasa ditapak perkuburan akan dibacakan talkin. Sepanjang proses daripada berita kematian, aku masih mampu menahan air mata daripada menitis. Bukannya tidak sedih, tetapi aku suka memendam.

Namun, saat talkin dibacakan, air mata aku bercucuran. Bukan meratapi pemergian arwah tetapi mengenangkan dosa aku yang masih belum terampun. Bait-bait talkin tersebut sangat terkesan kepadaku semasa pengebumian arwah.

Ketika talkin dibacakan itu, kepala aku terlalu memikirkan dosa-dosa yang pernah aku lakukan. Pelbagai persoalan keluar ketika itu. Bagaimana jika aku tidak sempat menghabiskan taubat aku? Bagaimana jika aku belum habis membayar hutang aku? Bagaimana jika amaln aku belum cukup sebagai bekalan ke alam sana? Bagaimana jika aku masih belum sempat berbakti kepada ibu bapa dan keluarga aku? 

Perbuatan yang mengundang dosa aku yang lama terus terimbau semasa mendengar talkin itu. Betullah kata mereka yang punya ilmu dalam bidang ini. Sentiasalah pergi melawat kubur. In syaa Allah akan menginsafkan kita. In Syaa Allah dia akan membuat kita ingat kembali kepada Pencipta kita. In Syaa Allah akan lahir penghayatan terhadap alam selepas dunia.

Bersedih itu boleh tetapi jangan sampai kita meratapi. Yang dah pergi itu, biarlah dia tenaang di sana. Kirimkanlah doa buat kesejahteraannya. Kita yang hidup teruskan hidup memperbaiki lagi diri.

Buat mereka yang mengenali diri ini. Maafkanlah andai aku ada silap dan salah dengan kalian. Andai ada kata yang terguris hati tanpa sedar. Jika kalian ada bersalah dengan aku, jangan risau, aku tak ambil hati pun dan aku dah maafkan kalian. Kalau ada lagi hutang silalah tuntut.

Akhir kata untuk coretan kali ini, aku harap sedikit perkongsian kali ini mampu mempunyai secebis ilmu yang boleh diambil sebagai pedoman dan iktibar. Semoga bertemu lagi pada masa yang lain.

Sekian.

Jumaat, 8 Januari 2016

[PUISI] Tenanglah Di Sana

TENANGLAH DI SANA
(Al Fatihah buat Allahyarham Muhammad Khairuzzaman Ismail [1993 - 2016])

Mengenalimu
Berukhwah denganmu
Mengingatimu
Berbicara denganmu
Jenakamu
Bersosial denganmu

Bertemu dalam satu acara
Kenal kamu tidaklah serapat mereka
Ikut lepak kadang seketika
Terlihat kamu penuh ceria
Tiada tanda kamu berduka
Tidak tahu jika terluka

Tanpa tanda kamu tiada
Awal pagi terima berita
Sepertinya tidak mahu percaya
Tapi Allah itu Maha Kuasa
Begitu awal kamu ke sana
Jadi peringatan buat kami semua

Adli Shinichi
4:50 petang, 7 Januari 2016
Lebuhraya Utara Selatan, KL - Ipoh

Translate This Page