Pada 27 Ogos 2014 akan ada dua bulan. Seluruh dunia sedang menunggu untuk itu. Pada hari ini Marikh akan menjadi sangat terang seperti bulan dan semua orang boleh melihatnya dengan mata kasar. Hari ini ia akan menjadi 34.65 M Miles dari bumi. Pada hari ini jangan lupa untuk melihat ini pada jam 12.30 malam. Kerana anda akan melihat dua bulan di langit. Peristiwa ini akan berlaku lagi pada tahun 2287. Sila berkongsi ini dengan semua. Oleh kerana orang-orang yang hidup sekarang tidak boleh melihatnya kali kedua pada tahun 2287.
Kita ambil penyelesaian yang mudah, Hari ini malam 27 Ogos 2014.
26 Ogos 2014 bersamaan 30 Syawal 1435
27 Ogos 2014 bersamaan 1 Zulkaedah 1435
Hari terakhir bulan Syawal. Dan esok hari pertama Zulkaedah. Jadi ketika ini bulan adalah 'anak bulan'. Mana nak datangnya bulan purnama atau bulan penuh di langit.
Jangan hanya ambil tahu bulan-bulan Islam sewaktu bulan Ramadan sebab dan puasa dan bulan Syawal sebab nak raya sahaja. Macam mana nak tengok kononnya pada jam 12:30 malam? Fikir-fikirkan~
Ini merupakan penafian daripada ANGKASA
KUALA LUMPUR - Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) hari ini menafikan dakwaan kononnya planet Marikh akan membesar seperti bulan dan kemunculan bulan berkembar pada Rabu depan (27 Ogos), seperti yang tersebar di laman sosial dan khidmat pesanan ringkas.Menurut kenyataan ANGKASA, jarak planet Marikh adalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan iaitu 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari bumi, dan bukannya 34.65 juta batu seperti yang telah disebarkan itu.Pada jarak itu, planet Marikh hanya akan kelihatan seperti sebuah bintang merah di langit malam dan ia akan terbenam sekitar jam 12 tengah malam, dan oleh yang demikian ia tidak lagi kelihatan selepas daripada waktu itu.Bulan pada malam itu berada pada fasa anak bulan dan bukannya bulan penuh.Bulan juga akan terbenam awal pada hari tersebut iaitu sekitar 8.30 malam dan ia tidak lagi kelihatan pada 12 malam seperti yang digembar-gemburkan. - BERNAMA
SIARAN MEDIAPENAFIAN BERKENAAN MARIKH MENJADI SEBESAR BULAN DAN BULAN BERKEMBARPihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan ini menafikan mesej-mesej di laman sosial dan juga pesanan ringkas yang mula tersebar berkenaan dengan kemunculan Bulan Berkembar dan juga Planet Marikh akan membesar seperti Bulan pada 27 Ogos 2014 ini.Ia merupakan mesej lama yang telah tersebar sejak tahun 2003 lagi. Adalah dimaklumkan bahawa jarak planet Marikh adalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan adalah 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari Bumi, dan bukannya 34.65 juta batu seperti yang dikhabarkan. Pada jarak ini, Marikh hanya akan kelihatan seperti sebuah bintang merah di langit malam. Marikh juga akan terbenam sekitar jam 12 tengah malam dan oleh yang demikian ia tidak lagi kelihatan selepas daripada waktu itu.Manakala bagi keterangan berkenaan dengan Bulan berkembar dan juga gambar yang diolah semula itu, adalah jauh dari kebenaran. Seperti yang kita sedia maklum, Bumi hanya mempunyai sebuah satelit semulajadi iaitu Bulan yang sentiasa dapat kita lihat. Untuk makluman juga, Bulan pada malam tersebut berada pada fasa bulan pada hari berkenaan, 27 Ogos 2014 adalah pada fasa anak Bulan dan bukannya Bulan penuh seperti yang dinyatakan dalam mesej-mesej tersebut. Bulan juga akan terbenam awal pada hari tersebut iaitu sekitar 8:30 malam dan ianya tidak lagi kelihatan pada jam 12 tengah malam seperti yang ditulis dalam rantaian mesej berkenaan. Fasa bulan penuh yang terdekat adalah pada 11 Ogos 2014 dan 9 September 2014.Menambah kepada dua fenomena yang palsu ini adalah yang mana ia hanya akan berlaku lagi pada tahun 2287. Fenomena ini adalah tidak benar sama sekali dan tidak akan berlaku, jauh sekali untuk berulang pada masa akan datang. Kelemahan helah ini adalah kepada ketiadaan sumber penulis dan rujukan dari hasil penulisannya. Dan masyarakat Malaysia harus lebih bijak dalam menyampaikan berita dan juga mencari kesahihannya sebelum memanjang-manjangkan berita palsu seperti ini.
Di sini admin pautkan juga informasi yang boleh kita baca dan berfikir.
AL-HUJURAAT: Ayat : 6 |
0 analysis:
Catat Ulasan