Ahad, 27 April 2014

Barrack Obama di Universiti Malaya, Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger, Salam 1 Malaysia, Salam 1 Universiti Malaya...

Sebelum anda meneruskan bacaan di laman ini dan beberapa pautan yang Admin akan pautkan di sini, harapnya anda bersihkan hati dan minda dengan sifat positif.

Baiklah, Admin akan mula berceloteh sekarang. Admin tak bercadang untuk menulis panjang kali ini.

Mula-mula Admin nak tanya, apa perasaan anda apabila Obama datang ke Malaysia tempoh hari dan apa perasaan anda apabila Obama akan datang ke Universiti Malaya dalam beberapa jam saja lagi? Jawablah ye. Itu terpulang.

Admin masih ingat, masa Admin pulang ke kampung halaman semasa cuti pertengahan semester lalu. Oh, terlupa nak beritahu, Admin masih menuntut di Universiti Malaya. Ok, sambung. Masa tu hari Jumaat, selepas selesai sahaja solat Jumaat. Selesai sahaja imam masjid tu baca doa, terus ada puak mana ntah yang guna pembesar suara (healer apa ntah) di dalam kawasan perkarangan masjid membuat apa pun Admin tak dapat nak diskripsi di sini dengan sepanduk. Mereka menyuarakan penolakan terhadap kedatangan Obama ke Malaysia. Mereka mengatakan Obama akan datang untuk mengambil khazanah dan sebagainya.

Kini, Obama sudah pun berada di Malaysia dan berada dekat dengan kawasan di mana Admin berada. Tapi ianya di rahsiakan atas keselamatan.
Baik, kita masuk dalam UM pula. Seperti yang Admin tulis tadi, Obama akan datang ke Dewan Tunku Canselor, UM dalam beberapa jam saja lagi. Oleh itu, semua pengguna awam tidak dibenarkan melalui UM melainkan pagar Damansara. Admin cuma mahu melahirkan rasa kasihan kepada mahasiswa/i yang duduk dalam kampus. Sebab ada rakan-rakan Admin yang merungut "Dah macam penjara dah aku duk dalam ni" "Menyusahkan betul la dia datang ni" dan macam-macam lagi. Admin sebenarnya turut merasakan begitu. Admin juga dengar ada kenduri siang tadi di KK12 kalau tak silap. Kesian keluarga tu, masa tu la nak jadi program ni kan? Tetamu mereka la yang Admin fikir.
#Obama1Soalan
Admin juga dapat melihat beberapa rakan Admin yang muatnaik gambar kad jemputan untuk bersama dalam majlis itu. Dan ada antara diskripsi mereka di bawah gambar tu menunjukkan mereka sangat berbangga dapat jemputan daripada WhiteHouse. Bagi Admin, memang kelakar. Sebab yang mereka banggakan itu sebenarnya hanya dipilih secara rawak sahaja. Bukan atas dasar apa pun. Admin bukan cemburu atau apa, cuma kelakar. Sebab bagi Admin lagi, jemputan itu tiada apa-apa pun. Macam yang seorang rakan Admin ni cakap "Korang bangga dapat kad tu bukannya boleh jamin masuk syurga pun." Hahaha.. Admin tak kata ye.

Ada juga yang Admin baca di blog-blog yang mengatakan bahawa lepas Obama datang ni jumpa la MH370. Semua ni propa saja lebih.

Apa-apa pun yang berlaku, kita berfikiran posotif lah ye. Lagi pun dia tetamu kita. Kita perlulah melayan tetamu sebaiknya kan?

Cukuplah di situ. Panjang pula tulis. Nah ni beberapa pautan yang Admin jumpa. Baca je la. Yang penting positif. Jangan mudah terpengaruh.
  1. Luahan pelajar UM mengenai Sambutan Kehadiran Barrack Obama di Universiti Malaya
  2. Universiti Malaya tightens security for US President Obama visit
  3. Universiti Malaya Akan Ditukar Nama Ke Universiti Barrack Obama?
  4. Universiti Malaya: Obama, Pemimpin Mahasiswa dan Taraf Pemikiran
  5. [Terkini!] Obama datang Malaysia dan melawat Universiti Malaya
  6. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Malaysia
  7. Satu soalan untuk Obama
Wasalam. Allah lah tempat kita kembali.

p/s : Kenyataan yang paling bodoh adalah penukaran nama Universiti Malaya kepada Universiti Barrack Obama. Yang buat kenyataan itu memang bodoh. Guna lagi otak lutut tu. Macam tu la pemikirannya.

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page