Home »
ARKIB
» Pandangan Terhadap Teater 'Tepuk Amai-Amai'
Assalamuaikum dan Salam 1 Blogger...
Pagi ni AS nak bagi sedikit pandangan dan kesimpulan yang boleh AS dapat dari persembahan Teater Tepuk Amai-Amai malam tadi. Sebelum itu, tengok dulu Teaser Tepuk Amai-Amai ni.
Tepuk Amai-Amai ini merupakan naskah terakhir yang pertandingkan dalam Karnival Teater Universiti Malaya (KARVITER) bagi tahun 2014. Pengakhiran persembahan yang hebat setelah kesebelas buah kolej bertanding.
Beberapa mesej yang dapat dipetik/diambil daripada naskah ini. AS akan kongsikan di sini dalam pemahaman dan kesimpulan AS sendiri.
Antaranya ialah sikap ibu bapa. Sesetengah bu bapa seringkali berharap agak anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran untuk kepentingan mereka sendiri. Antara kepentingan tersebut ialah anak yang pandai pasti akan dapat menaikkan nama ibu bapa.
Contohnya : "Anak siapa tu? Pandai la". "Anak siapa lagi. Anak saya lah. Dapat 5A. Anak awak berapa A?"
Harapan ibu bapa kadang kala tak dapat ditunaikan atas kemampuan anak itu sendiri. Anak-anak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan yang terbaik, namun rezeki kecemerlangan Allah yang kurniakan. Janganlah asyik nak salahkan anak semata-mata.
Guru pula, ada yang hanya mengajar pelajar-pelajar yang sudah pandai. Mereka selalu mengetepikan pelajar yang kurang pandai dalam pelajaran. Jadi, ini menyebabkan pelajar itu sendiri merasa tidak mahu belajar akibat disisihkan.
Sikap sesama pelajar juga diutarakan dalam persembahan ini. Pelajar tidak memahami pelajar lain. Wujud beberapa golongan pelajar yang suka mengusik / mengutuk / memerli pelajar lain.
Contohnya : "Dah la bapak dengan mak kau kerja petani, ada hati nak kawan dengan kami". "Kau tu sama saja dengan mak bapak kau, bodoh. Dah la bodoh, tak miskin pula". "Orang lain pun ada kerja rumah / tuisyen juga, tak la sampai tidur dalam kelas". "Kita sama saja, ada sepuluh jari kaki, sepuluh jari kanan, boleh saja aku dapat A".
Apa yang dimaksudkan di sini, pelajar tak boleh menilai pelajar lain dengan andaian begitu. Kita tak tahu / rasa apakah perjalanan hidup yang dilaluinya sehinggakan dia susah nak terima pelajaran. Atau latar belakang dia yang menyebabkan dia begitu dan begini. Kita perlu peka dengan rakan-rakan kita.
Selain itu, ibu bapa dan guru sangat berharap anak dan anak murid mereka mendapat A yang banyak dalam peperiksaan. Perkara ini sememangnya bagus. Tapi, tanpa kita (sebagai ibu bapa dan guru) sedar, apakah perasaan yang dihadapi oleh pelajar? Adakah mereka seronok? Atau tertekan? Tidak semua pelajar cemerlang dalam pelajaran mereka. Ada di antara mereka yang cemerlang dalam bidang yang lain. Kita perlu memahami keadaan tersebut.
Contohnya : "Apa nak jadi dengan kau ni? Belajar tak mahu. Itu lah yang tak dapat semua A tu". "Kalau tak cemerlang dalam peperiksaan, Nanti besar nak jadi apa? Zaman makin mencabar"
Tomahan / Asakan seperti itu kerap mereka terima. Ada saja pelajar yang tak pandai dalam pelajaran terus berjaya dalam hidup. Muncul juga situasi dimana pelajar yang dapat semua A dalam peperiksaan masih menganggur berbanding pelajar yang tidak dapat semua A yang memegang jawatan besar. Semua ini ketentuan Yang Maha Esa. Dia dah takdirkan jalan hidup hamba-hambanya.
Satu lagi, perangai psesetengah pihak sekolah. Anak cikgu saja, dapat jadi pengawas. Anak cikgu saja, terlepas dari hukuman. Anak cikgu saja, boleh datang lewat. Apakah semua ini? Perlulah kita bertindak adil terhadap pelajar lain.
Dalam pementasan ini juga ada menunjukkan salah satu cara pelajar melepaskan tekanan secara tersirat. Cara tersebut ialah mendengar muzik. Segelintir pelajar / golongan remaja menjadikan muzik yang keras dan kuat sebagai bahan pelepas tekanan.
Cuma satu yang AS tak suka dalam naskah ini. Perkara tersebut ialah turutan salam semasa guru masuk ke kelas. Dalam pementasan ini, cara memberi salam adalah seperti ini :
- Selamat Pagi Cikgu --> Good Morning Teacher --> Assalamualaikum Ustaz.
AS lebih suka kalau dimulakan dengan Assalamualaikum seperti ini :
- Assalamualaikum Ustaz --> Selamat Pagi Cikgu --> Good Morning Teacher.
AS tahu ini cuma perlambangan yang membezakan ucapan terhadap guru yang berbeza agama / gelaran. Cuma itu lebih AS suka.
Kesimpulannya, terdapat banyak nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada naskah ini. Tambahan, kita perlu memahami perasaan yang dihadapi oleh orang lain. Dan yang penting adalah #Cinta #Kasih #Sayang antara ibu bapa, guru dan pelajar tanpa dilupa kepada Tuhan.
Rasanya dah panjang AS berpandangan. Cukuplah sekadar di sini. Sehingga ketemu lagi. Kiranya ada kata yang mengguris hati di atas, AS minta maaf siap-siap. Ianya sekadar pandangan hasil tontonan sebuah pementasan.
p/s : AS juga pernah rasa perasaan seorang pelajar. Semoga naskah ini berjaya memenangi Anugerah Khas Juri. Sebab isu yang diangkat dalam naskah ini sangat kuat.
0 analysis:
Catat Ulasan