Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan
saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu
bagi
membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf
yang
membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita
peroleh
adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak
terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimat-kalimat
Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi
aktif Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di
kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut
berulang-ulang
kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah
tenaga
bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini
mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan
itu,
otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru,
melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis,
sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas
secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan
menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam
majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang
dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui
ujian
imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak
sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.
Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan
mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila
sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak
mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak
dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang
sama
berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan
mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru
diberikan
kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini
sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang
diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan
kecergasan
otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui
mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan
menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng
kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
0 analysis:
Catat Ulasan