Khamis, 2 April 2009

Molekul Air Zam-Zam


Kata-kata yg baik... juga insya-Allah membentuk peribadi yang baik.
Semoga
makanan dan minuman yg disediakan oleh isteri-isteri solehah dapat

disediakan bersulaman dengan zikir dan selawat serta kasih sayang yang

penuh dengan keikhlasan.



Now  I  know  why  most  ustaz2 kalu nak berubat kena bawak air &

dibacakan ayat2 suci Al-Quran kepadanya untuk kita minum...

============ ========= ========= ========= ========= ========= ========

Assalamualaikum

Penemuan  ini  sungguh  menakjubkan  dan wajib dikongsi bersama,

kenapa dgn keizinanNYA  air  penawar  blh  menyembuhkan  penyakit,
baca 
dan

hayatilah petikan dibawah:

Pada  (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak

telah menjemput  Ustaz  Abdullah  Mahmud  untuk  menyampaikan

ceramah beliau.



Diantaranya :



Air  merupakan  salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak

boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari

Allah.



Ustaz  kemudian  bercerita  bahawa  dia telah berkesempatan menghadiri

satu seminar  mengenai  AIR  yang berlangsung di Hotel Istana

baru-baru ini yang mana  kebanyakan  participant yang hadir terdiri

daripada

orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah

dari

UM).

Penceramahnya  seorang  Profesor  yg  pakar  tentang  air  dari Jepun.

Beliau menunjukkan  hasil  kajiannya  mengenai air, beberapa slide

ditunjukkan dan dipancarkan  dilayar  putih kepada hadirin sekelian.

Sampel-sampel air yang diambil  dari berbagai sumber air (sungai,

laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka  terpancarlah  berbagai-bagai  rupa bentuk susunan

molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin

tetapi

samar-samar, tidak begitu  jelas  (dengan  telinga  yang besar,
bertanduk 
dan

sebagainya)rupa yang  menggerunkan  dan  menakutkan. Lalu Profesor itu

berkata "banyak lagi sampel-sampel  air  yang  lain  tetapi rupa

molekul-molekulnya hampir sama, sekarang  saya  nak  tunjukkan sampel

air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"



Profesor  itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul

air yang  tersusun  cantik  berupa  seolah-olah seperti  berlian

(bersegi-segi) ,bersinar- sinar  dan  sinarannya  mengeluarkan

warna-warna yang menarik melebihi  12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu

profesor bertanya "Siapakah di antara  kamu  semua yang tahu sampel air

apakah

ini". Hadirin semua senyap, dan  kemudian,  Pensyarah dari UM
mengangkat 
tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor  berkenaan  memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan

bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air

zam-zam.



"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab

Pensyarah. Profesor  berkata  "Saya  tak  tahu samada betul atau tidak

air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air

zam-zam."



Kemudian  Professor  mengatakan  bahawa,  kata-kata juga dapat

mempengaruhi rupa  bentuk  molekul-molekul  air.  Lalu  didalam dewan

itu mereka membuat experiment  bagaimanakah  yang  dikatakan kata-kata

dapat menpengaruhi rupa bentuk  molikul-molikul  air.  Semua  hadirin

dikehendaki  membaca sesuatu kepada  air  mineral  masing-masing.

Lalu seorang  volunteer bangun untuk menguji  bagaimana  rupa  air
yang 
telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak  molikul  air membentuk

seolah-olah  seperti  tokong  cina (dengan janggut yg panjang dan perut

yg buncit).

Bila  tiba  giliran  Ustaz,  air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat

dan Ayat  Kursi  maka  nampaklah  rupa  molikul  air  seperti
berlian 
dan berkilau-kilau. ...  Subhanallah.  Lalu  Ustaz disuruh oleh
Profesor 
menbaca sebarang  ayat/kata-kata  yang  tidak baik...maka nampaklah

diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.



Subhanallah. ....  daripada  ceramah  yang  Ustaz sampaikan ini marilah

kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini  adalah  kata-kata  dari  Ustaz  Abdullah : "Jika hendak air itu

merasa manis  maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka

masukkanlah pewarna  dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah

ayat-ayat yang mulia kepadanya".

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page