Aduh Saliha
“Masih ingatkah kamu akan zaman sebelum merdeka dahulu?” tanya Tok Ki yang berumur 90 tahun kepada isterinya, ”Ya, aku masih ingat dan tak akan aku lupa setiap detik itu,” balas isterinya, Saliha dengan matanya yang merenung ke arah sawah yang terbentang luas.
“Dulu begitu susah untuk mendapatkan makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya, kita terpaksa bermandi dengan darah, orang Inggeris datang, Jepun datang, mereka semua penjajah yang ingin menawan Tanah Melayu yang kita tinggal sekarang. Kita tidak mempunyai apa-apa dan hanya mampu bersembunyi. Tetapi itu semua tidak wujud dalam diri kita, kita cuba melawan balik walaupun tidak ramai yang hidup dan selamat,” kata Tok Ki.
“Pada waktu itu juga kita tidak dapat makan dengan selesa, tinggal dengan selesa dan hidup dengan selesa. Letupan berlaku di sana sini, tembakan juga begitu, berlaku di sana sini. Kita hanya makan ubi kayu saja. Itu pun sudah mencukupi bagi kita untuk terus hidup. Waktu Jepun datang dulu, radio pun tidak boleh dengar, jika mahu dengar berita kita terpaksa dengar secara sembunyi-sembunyi. Kita terpaksa tunduk dengan arahan mereka,” balas Saliha.
“Tapi, kini anak-anak kita tidak lagi begitu. Mereka hidup di zaman Michael Jackson sudah putih wajahnya. Mereka tidak tahu apa itu katrij, yang mereka tahu, Play Station, VCD/DVD Player dan sebagainya. Mereka tidak kenal siapa Mat Salleh, siapa Rentap, siapa Datuk Onn dan mereka tidak kenal siapa pejuang negara dahulu kalau tidak diajar di sekolah. Mereka kenal Batman, Spiderman, Superman dan super hero yang seumpamanya,” kata Tok Ki.
“Dulu kita hanya jalan kaki melalui jalan tanah merah yang berlopak sana sini untuk ke sekolah. Tapi Ki, mereka sekarang ke sekolah dengan van,bas dan sebagainya yang datang ambil di depan rumah dan menghantar kembali di depan rumah,” ujar Saliha.
“Kita dulu baju sekolah sehelai saja, kita pakai sampai hilang warnanya. Tapi mereka setahun sekali tukar baju baru,” balas Tok Ki.
Tok Ki meminta Saliha buatkannya kopi kerana kering tekaknya bercakap. Saliha pun bangun menuju ke dapur untuk buatkan kopi untuk Tok Ki.
Tok Ki merenung jauh ke sawah yang terbentang luas di hadapan rumahnya yang usang sambil teringat akan zaman sebelum merdeka. Dia dan kawannya, Leftenan Adnan bersama-sama memerangi komunis demi mempertahankan negara. Mereka berjuang habis-habisan dengan penjajah komunis yang datang untuk merampas Tanah Melayu. Suatu hari Tok Ki menerima suatu khabar kawan karibnya, Adnan telah mati ditembak komunis. Tok Ki amat marah lalu mengumpul orangnya bersiap sedia untuk memerangi habis-habisan dengan komunis. Mereka telah berjaya membunuh tiga perempat dan menawan selebihnya komunis itu.
Dia tersenyum mengenangkan peristiwa itu. Lamunannya tersentak kerana kopi yang dimintanya tadi sudah sampai.
“Jauh termenung nampak,” tegur Saliha. “Aku terkenangkan masa aku bertugas dengan Adnan dulu,” balas Tok Ki lalu menyambung, “… tapi, Alhamdulillah kerana Tunku Abdul Rahman telah berjaya berunding tentang kemerdekaan Tanah Melayu yang kita tinggal sekarang ini dan berjaya mendapatkan kemerdekaan itu sewaktu berunding di London.
“Tanggal 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka! telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman dan diikuti oleh rakyat jelata,” kata Tok Ki.
“Tanah Melayu ditukarkan kepada Malaysia pada tahun 1963, dan pada waktu itu jugalah kita mulai senang,” sambung Saliha.
“Erk, Alhamdulillah, sedap kopi ni,” puji Tok Ki kepada Saliha.
“Sekarang sudah hampir 51 tahun negara kita bebas daripada penjajah. Kita perlu bersyukur dengan kebebasan ini, dan sentiasa berwaspada serta beringat-ingat kerana mereka yang dahulunya menjajah kita tak akan membiarkan kita terus bebas,” sambung Tok Ki.
“Sekarang ini pun anak-anak Melayu sudah dijajah melalui media-media elektronik seperti televisyen, komputer dan sebagainya. Mereka percaya Incredible Hulk, Power Rangers, dan seumpamanya,” sambung Saliha pula.
Hari semakin gelap, mereka pun masuk ke dalam rumah untuk bersiap sedia ke masjid untuk solat Magrib.

0 analysis:
Catat Ulasan